imho

Dear Parents, Kenapa Asyik Nak Salahkan Sekolah Dan Cikgu Je? Anak Awak Tu Bukan Malaikat

Jentik sikit pun tak boleh.

Cover image via Facebook

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak SAYS.

Pelajar zaman sekarang dah tak sama macam dulu...

Image via Bernama

Sering kali kita mendengar keluhan dari guru-guru tentang "pe'el" atau perangai pelajar zaman sekarang yang semakin lama semakin melampau. Perkara ini menyebabkan guru sudah semakin hilang minat untuk mengajar dan mendidik.

Zaman dahulu, pelajar begitu memandang tinggi terhadap guru-guru, malah turut tunduk hormat, bertegur sapa, dan memberi salam setiap kali mereka bertembung atau berselisih. Jika fikir dengan logik akal, perkara sebegitu bukannya susah nak buat pun.

Namun sekarang, rasa hormat itu tampak sudah hilang dan semakin pudar

Bukan setakat rasa hormat dah hilang, murid-murid sekarang juga semakin biadap dan kurang ajar!

Saya bukan seorang guru, jauh sekali pernah masuk kelas untuk mengajar. Tapi perkara ini selalu sangat dah saya dengar dari orang sekeliling dan baca di Internet. Terlalu ramai guru yang meluahkan rasa kecewa mereka dengan kerenah pelajar zaman sekarang.

Image via Harian Metro

Ramai guru menganggap, pelajar hanya nampak kesalahan guru sahaja. Bila ditegur salah, bila dibiarkan juga salah, bila disentuh lagilah salah. Semua benda pun salah. Guru sendiri bingung dan tak tahu nak buat apa lagi.

Seperti yang ditulis oleh Cikgu Emmet Menulis:

"Berbeza dengan guru zaman 70an 80an 90an. Naik kapcai, mengajar sambil gelak ketawa, menyakat murid merapatkan silaturrahim. Kalau garang masih dihormati. Anak-anak murid dahulu pun sekarang dah jadi orang yang kuat jiwanya.

"Bukan macam sekarang.

"Muridnya hati tisu, jiwa rapuh bagai kerepek. Bila disindir masa kecil, sampai ke besar dia merepek."

Guru tegur pelajar tak bawa buku teks? Guru yang kena penumbuk!

Image via Harian Metro

Pernah juga saya baca kes di mana seorang pelajar dengan beraninya mengugut untuk merogol gurunya sendiri.

Dan pelajar itu masih di bangku sekolah rendah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Shutterstock

Can you imagine that?

Pelajar yang masih terlalu muda mentah pun sudah berani beri ugutan untuk merogol gurunya sendiri, serta melukis gambar erotik guru dan berkongsi dengan pelajar lain.

Mengucap panjang saya dengar. Dah jadi macam ni pun kita nak tutup mata lagi ke?

Ini bukti screenshot yang saya ambil dari perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh di Facebook:

Dalam perkongsian tersebut, Cikgu Mohd Fadli Salleh turut menulis:

"Alangkah peliknya dunia pendidikan zaman sekarang. Murid biadab, guru cuba mendidik. Namun guru pula yang kena tindakan.

"Apa itu tidak pelik?"

Bagi menjawab soalan itu, saya harus katakan ya, memang pelik. Hakikatnya, kini pelajar sudah tidak hormat dan tidak takut lagi pada guru. Guru pula yang perlu terlebih berhati-hati dan berasa takut apabila mahu melakukan sesuatu terhadap pelajar.

Guru suruh pelajar diam di kawasan surau? Guru jugak yang kena penumbuk!

Image via Saudagar Kunyit

Dunia dah terbalik. Tapi di mana silapnya ya?

Saya percaya, salah satu penyebab kepada keruntuhan moral kanak-kanak zaman sekarang adalah berpunca daripada ibu bapa mereka sendiri.

Kenapa saya salahkan ibu bapa?

Obviously, ibu bapa masa kini terlalu manjakan anak, terlalu over protective, dan terlalu percayakan setiap satu perkataan yang keluar dari mulut anak-anak. But of course, ibu bapa mana yang tak sayangkan anak mereka, bukan?

Bapa serang guru di sekolah.

Image via imgur.com

Perasaan sayang itu memang perlu. Cuma masalahnya, apabila ibu bapa bersikap terlalu over protective, mereka lebih cenderung untuk "menutup sebelah mata" setiap kali anak mereka melakukan kesalahan.

Tidak kiralah di rumah, di luar, ataupun di sekolah, segala kesalahan yang anak mereka lakukan tidak dipandang serius. Malah lebih teruk lagi, ibu bapa lebih suka menuding jari kepada pihak lain.

Image via Sinar Harian

Ya, maka guru dan pihak sekolahlah yang dipersalahkan. Apabila muncul sesuatu masalah atau kes yang melibatkan anak mereka di sekolah, guru yang salah, sekolah yang salah. Anak mereka tak pernah salah, walaupun terlalu terang lagi bersuluh memang anak dia yang buat salah.

Definisi 'sayang' sekarang dah tak sama macam dulu. Kalau dulu, mak ayah serahkan 100% kuasa ke atas guru dan pihak sekolah untuk mengambil tindakan.

Tapi sekarang tidak lagi.

Terbaru, laporan Berita Harian mengatakan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan hampir setiap minggu, ada ibu bapa yang membuat laporan polis dan menggunakan peguam terhadap guru di seluruh negara.

Cikgu Azizan merupakan salah seorang mangsa yang didakwa di mahkamah.

Image via Berita Harian

Yang sedihnya, kebanyakan kes hanya membabitkan isu kecil seperti guru mengenakan denda atau memarahi murid, atau guru merotan secara 'ringan' yang tidak mendatangkan kecederaan.

Bila fikir balik, perlu ke ibu bapa libatkan pihak berkuasa seperti polis dan peguam untuk isu remeh sebegitu? Tak perlu langsung!

Kalau dulu, sama ada lelaki atau perempuan, semua pun kena denda.

Image via Lelaki Dari Gunung

Kesian cikgu. Semua benda tak kena.

Barangkali ibu bapa masa kini menganggap anak mereka itu suci murni seperti malaikat dan cukup maksum setaraf para Nabi.

Bunyi memang macam kasar, tapi memang itulah hakikatnya. Mana tidaknya, kalau semua benda pun nak salahkan guru atau sekolah, maksudnya anak mereka itu maksum lah, kan?

Yang peliknya, ibu bapa zaman sekarang sudah pun mendapat pendidikan lebih tinggi berbanding ibu bapa zaman dulu. Jadi, mereka sepatutnya lebih bijak dalam menangani masalah yang membabitkan anak mereka.

Image via blogspot.com

Kalau nak kata ibu bapa zaman dulu bodoh dan tak berpelajaran, tiada pula kita dengar mereka menggunakan peguam untuk mengambil tindakan terhadap guru yang mengenakan tindakan disiplin terhadap anak mereka.

Nampaknya, semakin tinggi pelajaran, semakin singkat pula pemikiran ya. Hairan bin ajaib.

Tengok, pelajar sekarang siap hisap rokok dalam kelas depan cikgu.

Image via ohbulan.com

Guru tidak ada kuasa lagi untuk menghukum. Sebaliknya, anak didik masa kini dianggap seperti klien yang perlu mereka puaskan.

Segala titah, perintah, arahan, permintaan, tuntutan, dan kemahuan anak murid dan ibu bapa haruslah dipenuhi dan dituruti oleh guru dan pihak sekolah, asalkan mereka puas.

Guru pula tidak sama sekali dibenarkan menyentuh pelajar, walaupun secubit. Malah, segala bentuk denda yang remeh seperti berdiri di atas kerusi, ketuk ketampi, menarik rambut, dan lain-lain juga dilarang keras, sehingga termasuk di dalam garis panduan terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semua benda tak boleh!

Image via Twitter @kuasasiswa

Macam mana guru nak mendidik kalau semua benda pun tak boleh? Sentuh sikit pun kena dakwa di mahkamah.

Saya yakin, para guru juga sudah naik muak untuk ambil kisah, sebaliknya terpaksa makan hati hari-hari dengan sikap biadap "klien" mereka yang sentiasa betul dan tak pernah puas.

Kesian cikgu.

Image via blogspot.com

Jadi, nampak tak betapa berkuasanya pelajar zaman sekarang?

Saya tak kata guru sentiasa betul dan pelajar sentiasa salah. Ada juga beberapa kes di mana guru bertindak melampau sehingga mencederakan pelajar.

Saya juga tak letakkan 100% kesalahan ke atas bahu ibu bapa. Ada pelbagai lagi faktor yang boleh menjadi punca kepada keruntuhan moral kanak-kanak zaman sekarang. Antaranya ialah pendedahan terhadap teknologi, hiburan berlebihan, pengaruh rakan sebaya, kurang didikan agama, dan banyak lagi.

Namun, apa yang saya harapkan ialah supaya ibu bapa tidak terlalu manjakan anak-anak dan akan memberi kuasa sepenuhnya ke atas guru dan pihak sekolah untuk mengambil tindakan

Please parents, guru sekarang semakin tertekan, malah ada juga guru yang mengalami kemurungan sehingga mahu membunuh diri di sekolah.

Ini antara persoalan yang perlu dijawab:

  • Tidakkah anda semua masih tak nampak?
  • Macam mana nak maju kalau hak golongan pendidik dicantas?
  • Apa akan jadi kepada generasi akan datang?
  • Adakah mereka akan menjadi terlalu bossy dan keras kepala?
  • Mampukah mereka mempunyai sahsiah yang mantap dan menggalas tanggungjawab yang lebih besar?
  • Sampai bila nak biarkan perkara ini berleluasa?
  • Apa yang perlu kita lakukan untuk perbaiki sistem yang sedia ada?

Anda tanya sendiri dan jawablah sendiri. Saya yakin, masing-masing sudah pun mempunyai jawapan di dalam benak fikiran.

Image via Sinar Harian

Saya akhiri artikel ini dengan secebis tulisan dari Cikgu Mohd Fadli Salleh:

"Cara datuk nenek kita dulu lebih bagus dalam mendidik sahsiah anak-anak. Sungguh!
Kadangkala 'oldschool' itu lebih baik.

"Bila mana sang guru mulai tawar hati dan tidak lagi mempedulikan anak-anak kita, maka tunggulah saat kehancuran. Percayalah!"

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lelaki, sila ambil perhatian:

Pernah teringin nak travel ke bumi Kashmir? Ini mungkin boleh dijadikan panduan! :)

You may be interested in: