imho

Dear Men, Tolonglah Jangan Pakai Tshirt Atau Jersi Bila Pergi Majlis. Tak Sopan Tahu Tak?

Susah sangat ke nak pakai elok-elok?

Cover image via Azhar Mazlan

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak SAYS.

Lelaki oh lelaki...

Bila bercakap soal fesyen, lelaki memang jenis suka pakaian yang simple, kasual, dan senang. Berbeza sikit dengan kaum hawa yang begitu particular dan teliti tentang fesyen.

Fesyen lelaki memang simple.

Image via Azhar Mazlan

Setiap hari, perempuan mesti akan fikir nak pakai baju apa, nak pakai colour apa, nak match-kan dengan apa, nak make up macam mana, nak bawa handbag yang mana, nak pakai kasut apa, style tudung macam mana, rambut nak ikat ke tak, dan macam-macam lagi. Banyak betul benda yang bermain di fikiran kaum wanita.

Perempuan pulak memang suka melaram.

Image via Azhar Mazlan

Kalau lelaki pulak, asalkan ada baju dan seluar, sarung terus, dan siap! Tak payah pening-pening kepala nak fikir macam-macam. Janji pakai baju. Lol.

Tapi masalahnya...

Bila dah terlalu biasa dengan sikap "asalkan pakai baju", lelaki lebih cenderung untuk tidak kisah tentang dress code atau etika pemakaian, terutamanya bila pergi majlis.

Exhibit A.

Image via Azhar Mazlan

Hari-hari pakai tshirt, hari-hari pakai jersi, hari-hari pakai jeans, hari-hari pakai selipar, hari-hari pakai seluar pendek, hari-hari selekeh dan tak kemas, sampai pergi majlis pun tak reti nak pakai elok-elok.

Paling mudah dan paling common yang kita selalu pergi tentunya majlis perkahwinan. Boleh kata hampir setiap minggu mesti dapat jemputan ke majlis walimatulurus pasangan pengantin baru. Tak kiralah sama ada majlis kahwin kawan baik ke, majlis kahwin kawan sekolah rendah ke, majlis kahwin ex ke, majlis kahwin saudara mara ke, atau siapa-siapa kahwin sekali pun, inilah majlis yang paling biasa kita datang.

Dan dalam setiap majlis pun, mesti akan ada orang yang boleh buat kita sakit mata bila melihat

Exhibit B. Sakit mata tak?

Image via Azhar Mazlan

Saya tak pasti dengan korang semua. Tapi pada saya, kalau nak datang ke mana-mana majlis, lelaki mahupun perempuan kenalah ada etika dan cara pemakaian yang betul.

Malangnya, ramai yang tak kisah pasal ni. Perempuan tak ada masalah sangat. Yang masalah sekarang ini ialah kaum Adam.

Macam saya cakap tadi, perempuan memang sangat teliti dari segi pemakaian. Bila pergi bersukan, mereka akan pakai baju sukan. Bila pergi kelas, mereka akan pakai pakaian yang sesuai untuk dibawa ke kelas. Bila pergi majlis pulak, pastinya kaum perempuan akan melaram.

Namun lelaki...

Pergi bersukan pakai jersi atau tshirt, pergi shopping mall pakai jersi atau tshirt, pergi kelas pun pakai jersi atau tshirt, pergi sana sini semua pakai jersi atau tshirt, termasuklah pergi ke majlis.

Perasan tak? Seolah-olah lelaki macam dah tak ada baju lain nak pakai.

Pergi majlis pun nak pakai jersi atau tshirt bulat tak ada kolar ke bang? Seriously?

Dear men,

Tolonglah serius sikit dalam bab etika pemakaian ke majlis.

Pakai macam ni pun dah okay. Tak perlu fancy pun.

Image via Azhar Mazlan

Nak pakai jersi pergi bersukan atau pergi shopping mall semua tu tak jadi masalah. Tak ada orang kisah pun. Tapi tolonglah berhenti pakai baju-baju macam tu bila pergi ke majlis.

Tak sopan tahu tak?

Exhibit C. Jersey is a no-no!

Image via Azhar Mazlan

Kalau anda nak tahu, sesebuah majlis yang dirai semestinya didatangi dengan etika pemakaian tertentu walaupun tidak disebut di dalam kad ucapan. Dan etika pemakaian tersebut sudah tentu melarang tetamu daripada memakai jersi ataupun tshirt yang dianggap tidak sopan.

Sekurang-kurangnya, pakailah pakaian yang lebih proper seperti tshirt polo berkolar. Engkau tu nak pergi majlis, bukan nak pergi melepak.

Lagi sedih bila tengok lelaki datang ke majlis pakai tshirt atau jersi bersama pasangan yang berpakaian serba elok

Kalau pasangan ni, dua-dua pun elok.

Image via Azhar Mazlan

Pasangan bukan main cantik, pakai pun proper, siap make up, siap pakai tudung branded mahal, setting rambut cun-cun, siap pakai heels sebab dia tahu dia rendah, ditambah pulak dengan clutch di tangan. Memang stylo dan sangat lengkap.

Tapi yang lelaki? Tak kisah langsung. Main sarung je mana-mana tshirt atau jersi yang ada, pakai jeans, pakai kasut sport, settle. Pada dia, mungkin dah elok sangat dah cara pemakaian dia tu.

Bang, tak nampak ke pasangan kau tu gigih gila dress up nak pergi majlis dan nak jumpa kau? Kau takkan la tak ada rasa malu langsung?

Hmmm...

Mungkin ada yang bertanya, "Habis tu nak pakai apa?"

Ini antara 6 senarai pakaian yang sesuai untuk majlis:

1. Tshirt berkolar atau Tshirt Polo berkolar

  • Tak semestinya brand Polo. Yang penting ada kolar. Tapi, bukan baju kolar kain jersi tu.

2. Baju kemeja
  • Lengan pendek boleh, lengan panjang pun boleh. Kemeja memang pilihan paling selamat.

3. Nak lagi up, pakai siap dengan blazer
  • Hanya untuk yang berani sahaja.

Kemeja paling selamat. Simple and proper.

Image via Azhar Mazlan

4. Seluar khakis / chinos, seluar slack, atau seluar plain jeans

  • Jangan pakai jeans yang koyak-koyak tu. Elak pakai jeans biru tradisional sebab ia terlalu common untuk buat pergi jalan. Jeans yang plain lagi bagus. Seluar mesti kena panjang!

5. Kasut kulit formal atau loafers
  • Kasut sukan, running shoes, joggers, kasut jalan, atau mana-mana kasut kasual lain memang tak berapa sesuai. Selipar is a no go bro.

6. Baju Melayu pun boleh
  • Sama ada baju sahaja dengan seluar slack / chinos, atau pakai Baju Melayu satu set siap songkok dan songket. Kalau tak ada songkok, tak proper. Tapi orang buat jugak.

Baju Melayu satu set lengkap.

Image via Farouq Johari

PENTING: Segala jenis pakaian yang kau nak pakai tu mestilah bergosok dan tak renyuk.

Sebab pernah je jumpa sebelum ni, pakai baju seluar semua dah elok, tapi langsung tak bergosok. Facepalm terus.

Oh lupa, jangan pakai topi, pouchbag (perokok atau vapers suka bawak), dan pastikan rambut kilat berminyak. Nak lagi style pakailah pomade. Hehe.

Bukan susah pun. Serius tak susah.

Kalau perempuan yang nak kena bersiap berejam tu pun sanggup pakai cantik-cantik, kenapa lelaki tak boleh? Tapi untuk lelaki sebenarnya tak payah spend time sampai sejam pun. Soal pemilihan pakaian je yang kena ubah sikit.

Come on guys, we can do better than this.

Harap lepas dah baca artikel ni, kita semua akan ubah mindset dan segera perbaiki cara pemakaian

Kan cantik bila semua pakai elok.

Image via Azhar Mazlan

Ingat, penampilan kita melambangkan identiti kita sebagai seorang manusia jenis apa. Penampilan juga merupakan perkara pertama yang orang akan tengok atau judge pada diri kita.

Sebab itulah topik etika pemakaian ini sangat penting. Sekacak atau secantik mana sekali pun muka korang, dengan etika pemakaian yang "ke laut", mesti susah untuk orang nak respect.

And remember, respect is earned, not given.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah baca?

You may be interested in: