Baru Tingkatan Satu, Anak Dr Sheikh Muszaphar Raih Anugerah Murid Harapan 2026

Cerdik betul!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anak kedua angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, iaitu Sophea Natasha, mencuri perhatian apabila berjaya meraih Anugerah Murid Harapan 2026 di Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

Remaja berusia 13 tahun yang lebih mesra disapa Tasha itu kini berada di Tingkatan Satu selepas memulakan persekolahan menengah di sekolah berasrama penuh berkenaan pada tahun ini.

Kejayaan tersebut nyata membanggakan bapanya yang turut berkongsi rasa syukur melihat kesungguhan Tasha dalam mencuba pelbagai perkara baharu sepanjang bergelar pelajar di TKC.

Menerusi perkongsian di media sosial, Dr Sheikh Muszaphar mendedahkan anaknya itu aktif menyertai pelbagai aktiviti merangkumi bidang sukan, akademik dan inovasi.

SAYS.com
Image via @drsheikhmuszaphar (Instagram)

Antara aktiviti yang disertainya termasuk acara merentas desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS), ragbi dan Pengakap.

Tasha turut melibatkan diri dalam pertandingan Matematik, Sains serta pertandingan inovasi.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau gembira melihat anaknya memanfaatkan peluang di sekolah untuk menguji kemampuan diri dan meneroka bidang yang berbeza.

Baginya, keberanian mencuba sesuatu yang baharu merupakan antara pengalaman penting dalam proses seorang pelajar mengenali potensi diri.

Beliau juga menyifatkan kehidupan di sekolah berasrama penuh sebagai ruang untuk anak-anak mencari hala tuju, membentuk identiti dan mengembangkan kebolehan masing-masing.

"Tahniah Tasha atas pencapaian ini. Untuk 2026, Daddy is proud of you," tulisnya.

Sekolah berasrama jadi ruang kembangkan potensi

Penglibatan Tasha dalam pelbagai aktiviti membuktikan bahawa pengalaman di sekolah bukan sekadar tertumpu kepada pembelajaran di dalam kelas.

Selain akademik, penyertaan dalam sukan dan aktiviti kokurikulum turut memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri, disiplin serta kemahiran bekerja dalam pasukan.

SAYS.com
Image via Remaja

Lebih-lebih lagi, keberanian mencuba bidang berbeza dapat membantu pelajar mengenal pasti minat dan kebolehan yang mungkin belum pernah diterokai sebelum ini.

Kejayaan Tasha menerima Anugerah Murid Harapan 2026 pastinya menjadi satu pencapaian bermakna, apatah lagi ketika dia baru memulakan perjalanan di alam persekolahan menengah.

Untuk rekod, Dr Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga bersama Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010.

Pasangan itu dikurniakan tujuh orang cahaya mata, termasuk Sophea Isabella atau Bella yang turut melanjutkan persekolahan di sekolah berasrama, iaitu Kolej PERMATA Pintar Negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik