seismik

"Bau Busuk" - Beli Sup Perut Sebab Ramai Kata Sedap, Sekali Ada Najis Pula Buat Ramai Loya

Lemak dengan taik tu berbeza ya.

Cover image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Makanan seperti bersup sudah pasti enak dimakan panas-panas bersama nasi putih

Pelbagai jenis sup yang ada di pasaran termasuk sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain. Namun, ada juga sebahagian orang yang gemarkan sup rare seperti sup perut, sup lidah dan banyak lagi. 

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan sup perut yang ramai kata sedap tapi ada najis telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah:

Beli sup perut yang ramai recommend, bawa balik rumah jumpa najis pula

Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa kepingan gambar sup perut dimuat naik di media sosial Twitter.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sup tersebut didapati mempuyai najis yang berbau busuk. Pada awalnya, disangkakan lemak namun ternyata itu bukan lemak tetapi najis lembu yang tidak dibasuh dengan bersih. 

"Aku baca pun dah dapat imagine rasa nak termuntah bau sup tu satu rumah ini kan lagi nak makan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2K retweets, 652 quote tweets dan 2K likes di Twitter, rata-rata netizen turut geli dan rasa loya melihat gambar itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Terus rasa loya dan trauma terus nak order sup perut lepas ni! :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: