Baucar Buku MADANI RM100, Mahasiswa Kini Boleh Mula Tebus Secara Dalam Talian

Jangan lupa tebus!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia boleh mula menebus baucar buku MADANI RM100 mulai hari ini, 15 Julai

Pelajar yang layak di universiti awam (IPTA), politeknik, kolej komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) boleh menyemak kelayakan mereka dan menebus baucar untuk membeli buku melalui portal MySiswaPlace.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kira-kira 1.18 juta pelajar di seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

KPT berkata lebih 300 penerbit dan penjual buku tempatan telah mendaftar sebagai rakan niaga di platform MySiswaPlace.

Pelajar boleh menggunakan baucar mereka untuk membeli pelbagai jenis bahan bacaan, termasuk buku teks akademik, buku rujukan, penerbitan ilmiah, e-buku dan bahan bacaan umum untuk menyokong pembelajaran mereka.

SAYS.com
Image via MySiswaPlace

Kerajaan sebelum ini mengumumkan bahawa program baucar buku telah beralih kepada sistem digital sepenuhnya bagi memastikan semua peruntukan digunakan semata-mata untuk pembelian buku

Menurut Bernama, KPT berkata inisiatif ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar ketika membeli bahan bacaan sambil meningkatkan akses kepada sumber ilmu yang berkualiti.

"Kesinambungan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan MADANI untuk memperkukuh budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat, di samping membantu pelajar universiti mendapatkan bahan bacaan yang mereka perlukan sepanjang pengajian mereka, merangsang pertumbuhan industri buku negara, memperkukuh ekosistem penerbitan tempatan, dan menyokong kemampanan industri ilmu," kata kementerian itu.

SAYS.com
Image via Kementerian Pendidikan Tinggi (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: