Bayar Guna DuitNow QR Boleh Dapat Sehingga RM100 Nilai Shopee Coins? Ramai Masih Tak Tahu!

Buat pembayaran seperti biasa, tetapi dapatkan ganjaran tambahan setiap kali imbas DuitNow QR menggunakan aplikasi ShopeePay.

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh ShopeePay.

Hampir setiap hari kita akan buat pembayaran sama ada beli barang dapur, makan tengah hari, isi barang keperluan rumah atau shopping ketika jualan promosi

Kalau perasan, kebanyakan kedai sekarang sudah menyediakan pembayaran menggunakan DuitNow QR.

Tetapi ramai yang masih belum tahu, setiap kali anda membuat pembayaran dengan mengimbas DuitNow QR menggunakan aplikasi ShopeePay, anda berpeluang menikmati pelbagai ganjaran menarik.

Lebih menarik, tidak kira sama ada anda membuat pembayaran menggunakan baki ShopeePay atau SPayLater, anda tetap layak menerima ganjaran.

Kumpul sehingga 10,000 Shopee Coins setiap kali scan DuitNow QR

Setiap kali anda membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR melalui aplikasi ShopeePay, anda dijamin menerima sehingga 10,000 Shopee Coins bagi setiap transaksi.

Paling best, tiada had berapa kali anda boleh membuat pembayaran dan mengumpul Shopee Coins. Lagi kerap anda mengimbas DuitNow QR, lagi banyak ganjaran yang boleh dikumpulkan.

Shopee Coins yang terkumpul juga boleh digunakan untuk mengurangkan jumlah pembayaran ketika membeli-belah sama ada secara dalam talian atau di kedai fizikal. Sebagai contoh, 100 Shopee Coins bersamaan RM1, sekali gus membantu anda berjimat untuk pembelian seterusnya.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggabungkan penggunaan Shopee Coins bersama baucar yang tersedia. Malah, anda boleh menebus sehingga 100% Shopee Coins untuk pembayaran yang layak, sekali gus menikmati penjimatan yang lebih tinggi.

Rebut baucar diskaun 50% setiap hari

Selain Shopee Coins, pengguna juga boleh menuntut baucar diskaun 50% setiap hari bagi pembayaran DuitNow QR apabila memilih SPayLater sebagai kaedah pembayaran.

Cara untuk menuntut baucar ini juga cukup mudah. Anda hanya perlu membuka aplikasi ShopeePay, masuk ke bahagian Daily Deals, kemudian skrol sehingga menemui tawaran 50% Off Vouchers dan tekan untuk menuntutnya.

Dengan adanya baucar ini, pembayaran harian boleh menjadi lebih menjimatkan.

Pengguna baharu boleh nikmati bonus selamat datang sehingga RM100

Bagi mereka yang masih belum menggunakan aplikasi ShopeePay, ini mungkin masa yang sesuai untuk mencubanya.

Pengguna baharu boleh menikmati bonus selamat datang bernilai sehingga RM100, termasuk pelbagai baucar dan pulangan Shopee Coins seperti:

  • Prepaid Top-Up: Belanja RM20 dan terima baucar pulangan 2,000 Shopee Coins.
  • Data Package: Belanja RM30 dan terima baucar pulangan 3,000 Shopee Coins.
  • Bil Air: Belanja RM20 dan terima baucar pulangan 2,000 Shopee Coins.
  • DuitNow QR Scan: Nikmati pulangan tunai 100% sehingga RM15 untuk dua transaksi pertama yang layak.

ㅤㅤㅤ

Baucar SPayLater bernilai RM55 menanti setiap hujung minggu

Bukan itu sahaja, sepanjang setiap hari Jumaat hingga Ahad pada bulan Julai, pengguna juga boleh menikmati baucar SPayLater bernilai sehingga RM55.

Anda hanya perlu memilih SPayLater ketika membuat pembayaran dan menuntut baucar yang tersedia sebelum promosi tamat.

Menariknya, SPayLater juga boleh digunakan apabila membuat pembayaran melalui DuitNow QR.

Kalau anda selalu membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR, rugi kalau tidak memanfaatkan ganjaran yang ditawarkan ini.

Muat turun aplikasi ShopeePay dan mula mengimbas DuitNow QR untuk menikmati Shopee Coins, baucar diskaun serta pelbagai ganjaran eksklusif yang tersedia.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS