Bayi 4 Bulan Maut Di Taska Tidak Berlesen, Ibu Dakwa Terus Kena Remove Dari Group WhatsApp
Polis telah menerima laporan kejadian itu daripada seorang doktor dari klinik di Bandar Saujana pada hari sama.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang dihantar seorang pengasuh taska ke sebuah klinik di Bandar Saujana, Selangor pada 3 Januari lalu
Ia selepas tular di media sosial seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan perkhidmatan sebuah taska swasta di Bandar Saujana apabila bayi lelakinya itu dihantar dalam keadaan baik namun dikembalikan tanpa bernyawa.
Menerusi laporan, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Mohd Akhmalrizal Radzi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Katanya, polis telah menerima laporan kejadian itu daripada seorang doktor dari klinik di Bandar Saujana pada hari sama pada jam 3.29 petang.
Taska didapati tidak berlesen
Pada hari kejadian, doktor memaklumkan telah menerima bayi lelaki yang dibawa pengasuh taska dalam keadaan pucat, kebiruan pada bibir dan kaki, tiada nadi, nafas serta pergerakan anak mata apabila disuluh dengan lampu.
"Pengadu serta-merta melakukan CPR dan bantuan oksigen pada mangsa sementara menunggu ambulans untuk membawa bayi itu ke Hospital Cyberjaya.
"Pihak hospital yang kemudian menerima bayi itu sekitar jam 4.35 petang juga melakukan CPR selama lebih 30 minit namun tiada tindak balas dan doktor mengesahkan bayi lelaki itu telah meninggal dunia pada jam 5.05 petang," katanya.
Tambah beliau, pihaknya telah mengambil keterangan daripada pengusaha dan pekerja taska terbabit serta tangkapan tiada lagi dibuat berhubung kes itu.
Namun, setakat ini tiada tangkapan lagi dibuat dan semakan mendapati, premis terbabit tidak berlesen serta permohonan untuk taska telah dihantar namun belum diluluskan.
Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!