KDN Keluarkan Perintah Larangan, Pengedaran Pada Enam Judul Buku Yang Dijual Di Malaysia
Perintah Larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301].
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan telah mengenakan Perintah Larangan ke atas enam judul penerbitan buku berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia
Menerusi laporan daripada Kosmo, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan berkata, Perintah Larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] berkuat kuasa pada 19 Disember 2024.
Enam judul buku itu ialah A Million Kisses In Your Lifetime oleh Monica Murphy, Lose You To Find Me oleh Erik J. Brown, Punai oleh Asyraf Bakti.
Selain itu ialah Scattered Showers oleh Rainbow Rowell, When Everything Feels Like The Movie oleh Raziel Reid, What If It’s Us oleh Becky Albertalli dan Adam Silverra.
Perintah larangan untuk elak kemudaratan moral dan sosial berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia
Menurut mereka, Perintah Larangan di bawah Akta 301 ini adalah berasaskan konsep kawalan dan pencegahan sebelum suatu ancaman atau kemudaratan itu berlaku.
"Ini penting bagi mengelakkan penyebaran ideologi atau gerakan yang bertentangan dengan budaya serta nilai- nilai murni masyarakat Malaysia yang majmuk.
"Dalam masa sama, masyarakat turut mendapat pendedahan dan kesedaran mengenai hasil-hasil penerbitan yang tidak diingini dan tidak sesuai untuk bacaan umum," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!