Individu Jujur Tak Ambil RM550 Yang Tertinggal Di ATM, Minta Owner Datang Ke Bank
Individu itu kemudiannya memberikan kepada pihak bank.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang individu yang jujur berkongsi kejadian semasa dia sedang berada di sebuah mesin deposit tunai di Sungai Petani, Kedah
Menurutnya, pengguna di mesin deposit tunai tersebut mungkin secara tidak sengaja meninggalkan wang di atas mesin itu.
Menerusi hantaran di Facebook Sungai Petani, dia memberitahu telah menemui RM550 di cawangan Hong Leong Bank di Legenda Heights.
Individu pulang duit pada bank untuk sementara
Difahamkan, individu berkenaan telah memulangkan wang tersebut kepada pihak bank sementara menunggu tuan empunya diri datang untuk mengambilnya.
Dalam pada itu, ada juga yang memuji tindakan individu tersebut kerana jujur.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!