Bayi Jiran Kerap Menangis, Pelajar Ini Tergamak Letak Cecair Beracun Dalam Rumah
Tak berhati perut.
Mempunyai jiran yang baik itu adalah satu rezeki bagi kita
Tambahan pula, mereka saling tolong-menolong dan bertolak-ansur. Ia boleh mengukuhkan lagi tali persaudaraan itu.
Tetapi, tidaklah semua jiran itu mempunyai sifat yang sama kerana ada saja jiran yang tidak mengambil endah tentang persekitarannya dan tidak beradab.
Seperti rakaman video ini yang memaparkan seorang pelajar tergamak meletakkan cecair beracun di dalam rumah jirannya telah mendapat perhatian ramai.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah rumah apartment di luar negara (letak negara mana).
Lihat video itu di bawah:
Letak cecair beracun bawah pintu sebab anak jiran selalu bising
Menerusi video tersebut, seorang pelajar doktor falsafah (PhD) jurusan kimia di University of Southern Florida, Amerika Syarikat itu bertindak di luar batas kemanusiaan.
Disebabkan tidak tahan dengan bunyi bising yang didakwa mengganggu tidur, pelajar bernama Xuming Li, 36, sanggup mengunakan bahan kimia hingga mengakibatkan keluarga jiran jatuh sakit.
Menurut sumber, bahan kimia yang dipercayai dadah diperolehi Li dari universiti tempatnya bekerja. Keluarga tersebut telah bertindak memasang kamera tersembunyi yang diletakkan di dalam pasu di luar pintu rumah.
Difahamkan, pihak polis menahan Li pada pukul 9.30 malam pada 27 Jun dengan beberapa pertuduhan, termasuk memiliki bahan terkawal dan menghendap.
Dia juga didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan bahan kimia itu terdedah kepada mangsa dan kediaman. Malah Li juga menerima pertuduhan sama terhadap pegawai penguat kuasa yang mengalami gejala di tempat kejadian.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!