Harga Cecah RM13 Sepinggan, Netizen Pertikai Harga Menu Telur Yang Dijual Wanita Ini
Berpatutan tak?
Dengan kestabilan ekonomi yang tidak menentu, harga barangan kini menjadi semakin mahal
Ia juga terkesan bagi peniaga yang terpaksa menaikkan harga barangan kerana harga pasaran yang tinggi.
Peniaga kedai makanan juga tidak terkecuali. Sehingga ada sesetengah orang yang mempertikaikan harga menu makanan tersebut walaupun ia dilihat tidak masuk akal.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang peniaga wanita yang berkongsi salah satu menu di kedainya telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Kongsi dan jelaskan mengapa harga sampai RM13
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang peniaga kedai berasaskan masakan Thailand tampil menjelaskan kepada netizen mengapa harga menunya sehingga mencecah RM13.
Menu tersebut ialah Omelette Thai yang dijual dengan harga RM13. Menurut wanita berkenaan, harga omelette itu diletakkan bersesuaian dengan bahan-bahan yang digunakan di dalamnya.
“Harga RM13 yang saya letak ni saya dah tinjauan kat luar macam mana orang letak, macam mana orang buat, macam mana orang masak"
“Daripada mula-mula saya letak harga dulu RM8, sekarang RM13 ni ada taugeh, Prik Nam Pla (sos Thai) dan bahan tambahan," katanya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Murah dah tu. Aku makan hari tu RM15 telur dadar dengan tomyam dengan nasi putih " - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan berkongsi pandangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 46.6K likes dan 4,951 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!