"Macam Dating Seorang" - Wanita Ini Dilihat Kecewa, Kekasih Sibuk Main Game Tengah Makan
Tak kena tempat.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, masa berjumpa itu sangatlah terhad dan harus digunakan sebaiknya
Hal ini kerana masa bersama mereka bukan seperti pasangan yang sudah berkahwin, boleh berjumpa setiap hari. Kadangkala ada masa sibuknya.
Jadi, waktu dating inilah masa yang perlu digunakan untuk luang waktu bersama seperti berjalan, keluar makan dan sebagainya. Tambahan lagi, jika pasangan yang jauh pasti susah nak berjumpa.
Namun, lain pula dengan video di Twitter ini yang memaparkan seorang wanita seperti kecewa melihat perangai teman lelakinya telah meraih perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tengah makan pun sibuk main game
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan itu sedang berada di sebuah kedai makan untuk menjamu selera bersama.
Tetapi, selepas sampai saja makanan itu di atas meja. Teman lelakinya dilihat sibuk bermain game membuatkan wanita itu hanya makan seorang diri. Mukanya juga dilihat seperti pasrah dengan perangai teman lelakinya itu.
"Kalau aku ada laki mcm ni memang siap lah makan pinggan meja" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 906.1K views, 5,224 reposts dan 8,697 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!