seismik

"Jangan Cakap 3 Perkataan Ini Dalam Pesawat" - Zarul Umbrella Jelas Sebabnya

Okay baru tahu.

Cover image via @zarulumbrellaofficial (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita ingin melancong ke luar negara, pastinya perlu untuk menaiki kapal terbang

Iyalah, bukan semua negara yang boleh dinaiki dengan kereta atau kereta api. Terpulang kepada jarak itu sendiri. Jika tidak, memang perlu menaiki kapal terbang.

Namun, baru-baru ini seorang penyanyi iaitu Zarul Umbrella berkongsi tiga perkataan yang diharamkan buat penumpang serta petugas penerbangan ketika menaiki pesawat.

Lihat video itu di bawah:

@zarulumbrellaofficial

Ada 3 perkataan yg perlu dielakkan dlm flight, kalau tak...

original sound - Zarul Umbrella

Jelas perkataan-perkataan tersebut boleh menyebabkan ancaman

Menerusi video tersebut, kelihatan penyanyi itu menjelaskan bahawa perkataan-perkataan tersebut sangat bahaya dan tidak boleh dibawa 'main' ketika berada dalam pesawat.

"Jangan sesekali buat main perkataan bom walaupun hanya buat lawak… tidak! Bom bukan bahan lawak dalam pesawat. Selain itu, perkataan yang dilarang adalah pisau, pistol dan parang 'sama level' dengan perkataan bom. Boleh menjadi satu ancaman.

"Perkataan 'hijack' atau rampas seperti 'saya nak rampaslah kapal terbang sebab lambat bagi nasi lemak'. Walaupun hanya bergurau, kalian boleh dikeluarkan serta merta. Malah, mereka boleh patah balik untuk keluarkan anda," katanya.

Seperti contoh, pesawat MH122, yang mana penumpang cakap dia ada bom. Bom ini perkataan yang diharamkan dalam pesawat atau penerbangan.

"Setuju jangan ingat semua boleh buat joke" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan ada juga yang bergurau.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 171.9K views, 7,296 likes dan 141 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Ingat tu, jangan buat main-main dengan perkataan ni ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: