Bayu Seafood Tampil Konsep Makanan Laut Hidup, Tawar Pengalaman Premium Di KL
Pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menikmati baucar diskaun 10 peratus sehingga penghujung tahun ini.
Cover image via Bayu SeafoodFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menawarkan pengalaman unik memilih makanan laut hidup terus dari akuarium sebelum dimasak mengikut cita rasa pelanggan menjadi antara tarikan utama Bayu Seafood by White N Black, sebuah restoran berkonsepkan budaya Sabah yang beroperasi di kawasan hijau Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
Restoran di bawah naungan White N Black Group (WNB Group) ini dibangunkan khas bagi menawarkan pengalaman santapan makanan laut berkonsepkan premium kepada masyarakat tempatan, terutamanya golongan Bumiputera Islam.
Majlis perasmian restoran berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani baru-baru ini sempena meraikan pembukaannya secara rasmi kepada umum.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (kiri) bersama Pengasas White N Black Group, Muhammad Firdaus Jamaluddin pada majlis perasmian Bayu Seafood by White N Black di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Image via Bayu SeafoodPengasas WNB Group, Muhammad Firdaus Jamaluddin menjelaskan bahawa idea penubuhan restoran ini tercetus daripada peluang untuk menerokai pasaran hidangan makanan laut serta masakan Cina menerusi pendekatan yang berbeza.
"Restoran ini menyediakan kira-kira 40 pilihan menu, termasuk hidangan premium seperti ketam raja (king crab) yang dihidangkan bersama tiga pilihan sos utama iaitu buttermilk, Thai dan sos hijau, di samping aneka pilihan ikan air tawar serta air masin," katanya.
Sijil halal rasmi bagi Bayu Seafood bakal diperoleh menjelang November ini
Bagi memperkukuh keyakinan pelanggan daripada pelbagai kaum dan latar belakang, pihak pengurusan menjangkakan pensijilan halal rasmi bagi Bayu Seafood bakal diperoleh menjelang November ini.
Sebagai promosi pembukaan, pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menikmati baucar diskaun 10 peratus sehingga penghujung tahun ini.
Restoran ini juga dijadualkan menyediakan perkhidmatan hidangan bagi acara khas meet and greet bersama penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang membabitkan 380 tetamu pada 17 dan 18 Oktober ini.

King crab atau ketam raja antara hidangan makanan laut premium yang ditawarkan Bayu Seafood by White N Black kepada pelanggan.
Image via Bayu SeafoodImage viaSelain sajian makanan laut segar, keunikan Bayu Seafood turut diseri dengan pelbagai elemen kebudayaan Sabah menerusi persembahan tarian buluh dan sesi Joget Lambak pada setiap malam Sabtu dan Ahad, bermula jam 8 malam hingga 10 malam.
Restoran berkapasiti sehingga 300 pelanggan pada satu-satu masa ini turut menyediakan kemudahan bilik mesyuarat, surau berasingan, sudut fotografi, serta perkhidmatan buggy dari kawasan Cascade Parking.
Dalam perancangan jangka panjang, WNB Group yang kini mempunyai lapan cawangan menyasarkan untuk melaksanakan penawaran awam permulaan (IPO) menjelang penghujung 2029.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


