seismik

Anda Boleh Berendam Sambil Pekena Kambing Bakar Di Gerai BBQ Viral Ini. Jom Serbu!

Tak jauh sangat pun, dekat belakang Zoo Negara je! :D

Cover image via Instagram @madyaguinaldo | Rizal Hakimm

Dah bosan dengan suasana kafe dan gerai biasa? Konsep unik yang diketengahkan oleh gerai BBQ viral ini menjanjikan sedikit kelainan kepada para pengunjung!

Di gerai yang bertempat di Ulu Kelang ini, anda boleh merendamkan kaki di dalam sungai yang menyegarkan sambil menikmati masakan Western tersangat sedap

Antara pilihan popular di sini termasuklah BBQ Lamb, Beef Tenderloin, Smoked Duck dan Organic Grilled Chicken. Memang terliur dibuatnya!

Image via Rizal Hakimm
Image via Rizal Hakimm
Image via Rizal Hakimm

Anda juga boleh membuat tempahan untuk majlis istimewa seperti hari jadi dan family gathering di sini. Dengan suasananya yang lain dari yang lain, sesi makan di sini pastinya tidak dapat dilupakan semua!

Tak sabar nak cuba? Dapatkan info mengenai gerai BBQ Lamb KL Kemensah di sini:

Alamat: BBQ Lamb KL Kemensah, Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, Ulu Kelang, Ampang Jaya, Selangor

Waktu Operasi:
6 petang - 11 malam (Selasa - Jumaat)
12 tengah hari - 4 petang, 6 petang - 11 malam (Sabtu & Ahad)
Tutup setiap Isnin

No. Telefon: +6012 211 4100

Status: Halal

Maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

Banyak lagi tempat makan best untuk dicuba:

You may be interested in: