Restoran Ala Shell Out Ini Sajikan 'Seafood' Lambak Dalam Talam. Siap Dengan Tom Yam Lagi!
Boleh pilih macam-macam lauk seperti Ketam Masak Cili, Mussels Wet Butter, Scallops Sweet Chili dan banyak lagi.
Untuk anda yang minat makan seafood lambak ala-ala Shell Out, hidangan menarik yang disajikan oleh restoran tom yam ini memang wajib anda cuba!
Terletak di Puncak Alam, Restoran Ladzidzah Tom Yam & Seafood menghidangkan set dulang yang dipenuhi bermacam-macam lauk seafood
Pilihan lauk pula termasuklah Ketam Masak Cili, Kupang Wet Butter, Udang Lipan Kung Pao, Scallop Sweet Chili, Dan Lala Kam Heong. Kecur air liur dibuatnya!
Lebih menarik lagi, anda boleh menikmati dulang seafood anda dengan tom yam 'kaw'. Memang layan!
Untuk yang inginkan portion yang lebih kecil, jangan risau. Set dulang di sini boleh diubahsuai mengikut saiz dan selera masing-masing.
Selain seafood, set dulang berisi hidangan goreng-goreng seperti Mee Goreng dan Ayam Pandan turut disediakan
Harga makanan di sini juga amat berpatutan. Set dulang di sini dijual dalam lingkungan harga RM32 (untuk 2 orang makan) ke RM158 (untuk 8 orang makan).
Tak sabar nak cuba? Dapatkan info mengenai Restoran Ladzidzah Tom Yam & Seafood di sini:
Alamat: No. 77Jalan PPAJ 3/1, Pusat Perdagangan Alam Jaya, 42300 Bandar Puncak Alam (bersebelahan UOB bank Alam Jaya, dekat Econsave)
Waktu Operasi: 12 tengah hari - 11 malam (setiap hari)
No. Telefon: +603 6038 1363
Maklumat lanjut di: Instagram
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!