Beauté Library & B+ Clinic Lancar Rawatan Baharu ION+Glow, Guna Teknologi PlasmaFX

MDA turut mengiktiraf teknologi PlasmaFX yang diguna pakai dalam rawatan ION+Glow.

Cover ImageCover image via Beauté Library

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beauté Library dan B+ Clinic baru-baru ini secara rasmi melancarkan rawatan wajah baharu, ION+Glow™, yang memanfaatkan teknologi PlasmaFX bersempena Kuala Lumpur International Beauty Week (KLIBW)

Ketua Pegawai Eksekutif EMAX Corporate, Wilson Lee berkata, landskap industri kecantikan kini menyaksikan anjakan ketara apabila penjagaan diri tidak lagi tertumpu kepada golongan wanita sematamata, sebaliknya semakin diberi perhatian oleh kaum lelaki.

"Hari ini, kecantikan bukan sekadar tentang penampilan luaran, tetapi merangkumi pembaharuan kulit dan penyelesaian yang lebih diperibadikan memandangkan setiap individu mempunyai keperluan dermatologi yang berbeza," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran itu baru-baru ini.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri barisan pengamal media, pempengaruh industri kecantikan serta pemenang Miss World Asia 2026 yang juga pemenang tempat ketiga Miss World, Taanusiya Chetty.

SAYS.com
Image via Beauté Library

Teknologi PlasmaFX yang diguna pakai dalam rawatan ION+Glow turut mendapat pengiktirafan daripada MDA

Menurut kenyataan syarikat itu, teknologi PlasmaFX yang diguna pakai dalam rawatan ION+Glow™ telah memperoleh pengiktirafan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), sekali gus menjamin tahap keselamatan serta piawaian klinikal yang ditetapkan.

Selain sesi demonstrasi rawatan dan pengenalan mesin PlasmaFX, ruang pameran syarikat berkenaan turut menyajikan pelbagai aktiviti interaktif untuk para pengunjung, termasuk aktiviti kustom tote beg heat-pressing serta cabutan bertuah Glow Rush.

Untuk makluman, rawatan ION+Glow Bio-Renewal Facial Treatment kini ditawarkan secara eksklusif di rangkaian cawangan Beauté Library di seluruh negara.

SAYS.com
Image via Beauté Library

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS