Bekas Jururawat Tukar Kerjaya Jadi Pelari Maraton, Raih Pendapatan RM3.2 Juta Dalam 10 Bulan

Tak sia-sia tukar kerjaya.

Cover ImageCover image via VN Express

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang bekas jururawat di China mencuri perhatian apabila berjaya meraih pendapatan lebih AS$784,700 (kira-kira RM3.2 juta) dalam tempoh hanya 10 bulan selepas meninggalkan kerjayanya untuk menjadi pelari maraton profesional sepenuh masa

SAYS.com
Image via VN ExpressImage via

Menurut laporan VN Express, Zhang Shuihua memperoleh pendapatan tersebut menerusi kemenangan dalam pelbagai perlumbaan serta tawaran penajaan yang diterimanya.

Kejayaan terbaharunya diraih pada Maraton Xi'an pada 18 Oktober lalu apabila dia muncul juara kategori wanita dengan catatan masa dua jam, 29 minit dan tujuh saat.

Catatan itu bukan sahaja menjadi rekod peribadi terbaiknya, malah turut memecahkan rekod laluan yang sebelum ini dipegang atlet Ethiopia, Derartu Hailu Gerefa, pada 2024.

Kemenangan tersebut membolehkan Shuihua membawa pulang hadiah wang tunai hampir AS$15,000 (kira-kira RM61,000).

Pencapaian itu sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam komuniti larian China, selain menjadi bukti kejayaannya beralih daripada kerjaya dalam bidang perubatan kepada dunia sukan profesional

SAYS.com
Image via VN Express

Sebelum ini, Shuihua berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Gabungan Pertama Universiti Perubatan Fujian, dengan rutin kerja mengikut syif.

Bagaimanapun, perjalanan kerjayanya sebagai pelari mula mendapat perhatian ketika menyertai Maraton Harbin pada Ogos 2025.

Dalam perlumbaan sejauh 42 kilometer itu, dia muncul sebagai pelari wanita China dengan kedudukan terbaik selepas menamatkan larian dalam masa dua jam, 35 minit dan 27 saat.

Namun, bukan sekadar pencapaiannya di garisan penamat yang membuatkan namanya mula dikenali, sebaliknya temu bual selepas perlumbaan tersebut turut menarik perhatian ramai.

Kini, keputusan Shuihua meninggalkan kerjaya lamanya untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada maraton membuahkan hasil lumayan, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kehidupannya sebagai atlet profesional.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: