Bekas Pemain Badminton Raih RM400,000 Sebulan Buat ‘Live’, Akui Kini Tidak Sukakan Sukan

Untuk rekod, Akane Araki telah memenangi empat pingat emas dalam kejohanan antarabangsa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Maeil Business

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang bekas pemain badminton Jepun yang pernah memenangi empat gelaran antarabangsa mengakui kini tidak lagi menggemari sukan itu, mendedahkan kerjaya baharunya sebagai livestreamer lebih menguntungkan

Dalam temu bual bersama media Jepun, Weekly Moonchun, pada Sabtu, 12 September, Akane Araki yang berusia 30 tahun berkata bahawa dia hanya akan memperoleh pendapatan sebanyak 200,000 yen (kira-kira RM5,280) sebulan selepas bersara.

Semasa masih aktif sebagai pemain, dia juga terpaksa menanggung sendiri kos latihan peribadi, bulu tangkis, raket dan penggantian tali raket, situasi ini menambah keraguannya untuk terus menjadi atlet, lapor Asian Business Daily.

Dua hingga tiga bulan selepas bersara, Araki melihat peluang dalam livestreaming yang berkembang pesat semasa pandemik COVID-19.

Walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarganya, dia berpindah keluar dan menetap di sebuah apartmen kecil di Tobu-Nerima, Itabashi, Tokyo, dengan sewa bulanan sebanyak 60,000 yen (RM1,600). Dia kemudian mula melakukan siaran langsung secara bersendirian menggunakan telefon pintarnya sahaja.

Bagi mengelakkan gangguan akibat reaksi negatif terhadap perubahan kerjayanya, dia malah memutuskan hubungan dengan bekas rakan-rakan badmintonnya di media sosial.

Araki kini memiliki pendapatan mencecah sehingga 16 juta yen (RM422,200) sebulan

Jumlah ini kira-kira 80 kali ganda lebih tinggi berbanding pendapatan yang bakal diperolehinya sekiranya dia kekal bersama pasukan selepas bersara.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Araki mengakui bahawa dia tidak pernah meminati sukan tersebut, walaupun telah mula berlatih mengikut jejak langkah ibunya seawal usia tujuh tahun.

Ibunya juga merupakan seorang juara dunia, dan Araki menyatakan bahawa kehidupannya hampir sepenuhnya berkisar di sekitar gelanggang badminton, bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke peringkat sekolah menengah rendah dan menengah atas.

Kini, dia mengendalikan sebuah agensi pengurusan penyiar internet yang menaungi 10 orang pencipta kandungan, termasuk bekas pemain badminton seperti dirinya.

Usaha perniagaannya itu turut menangani satu isu yang telah lama wujud dalam industri sukan, iaitu membantu atlet yang telah bersara untuk beralih kepada kerjaya baharu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: