Bekas Penceramah Bebas Mengaku Tidak Bersalah Miliki Gambar Bogel & Video Lucah
Bapa kepada 11 anak itu didakwa memiliki gambar bogel dan video lucah dalam dua telefon bimbit.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang bekas penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas dua pertuduhan memiliki gambar bogel dan video lucah dalam dua telefon bimbit pada tahun lalu
Menurut laporan Kosmo!, Faridul Firdaus Zaulkapli, 40, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Farid Abu Auliya, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman.
Bapa kepada 11 anak itu didakwa memiliki gambar bogel dan video lucah dalam dua telefon bimbit di Pejabat Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, pada 1 Julai 2025, kira-kira pukul 6.15 petang.
Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Alya Zaphfirah Al Zaphni mencadangkan jaminan keseluruhan RM8,000 dengan seorang penjamin
Walau bagaimanapun, peguam A. Naveenthiran memohon kadar jaminan minimum dengan alasan anak guamnya telah kehilangan sumber pendapatan sejak siasatan kes berkenaan bermula.
Menurutnya, tertuduh juga tidak mempunyai risiko melarikan diri dan sentiasa berada bersama keluarganya.
"Tertuduh memiliki 11 anak berusia dua bulan hingga 15 tahun selain menanggung dua isteri. Ini kali pertama (tertuduh) dituduh mahkamah dan tiada rekod jenayah lampau.
"Anak guam saya pun tidak pernah berhubung dan tidak mempunyai risiko mengganggu pengadu," katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan Faridul Firdaus diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Oktober ini

Sebelum ini, Faridul Firdaus pernah didakwa dua kali di Mahkamah Syariah pada tahun lalu.
Dia didakwa atas kesalahan mengajar tanpa tauliah dan didenda RM2,900, manakala bagi kesalahan gagal membayar hutang perkahwinan, dia dihukum penjara selama 10 hari.
Pada 5 Julai 2025, Kosmo! turut melaporkan bahawa polis sedang menyiasat seorang penceramah bebas berhubung kes penyebaran video seks membabitkan isteri-isterinya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via