seismik

#Belanjawan2020: Kerajaan Tak Jadi Perkenal Semula GST

Negara mencatat kadar inflasi terendah sejak 2007.

Cover image via Kementerian Kewangan Malaysia NST

Dalam pembentangan #Belanjawan2020 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan kerajaan tidak akan perkenal semula GST

Guan Eng berkata kerajaan telah berjaya mengawal inflasi pada 0.2 peratus dalam separuh pertama 2019, berbanding 1 peratus pada 2018 dan 3.7 peratus pada 2017.

"Angka-angka ini membuktikan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan di bawah pentadbiran sebelum ini telah menyumbang dengan ketara kepada harga yang lebih tinggi," katanya.

Kadar inflasi negara juga telah berkurang ke tahap terendah sejak 2007 sejak kerajaan Pakatan Harapan memperkenal SST pada Jun 2018

Image via wp.com

Bagi tahun 2019, kerajaan mengjangkakan kadar inflasi pada 0.9 peratus.

"Sebagai menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihanraya umum tahun lalu, kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula GST," katanya lagi.

Ikuti Facebook dan Twitter kami untuk maklumat lanjut

Image via SEISMIK

Leave a comment