seismik

Naik Belon Udara Panas RM 1 Je? Ayuh Ajak Ramai-Ramai Ke 'Jom Heboh' Hujung Minggu Ini!

Tick your bucket list now, serbu!

Cover image via @myballoonadventure (Instagram) & @jomhebohofficial (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh PayNet.

Bosan tak tahu nak pergi mana hujung minggu ini? Nak try something new?

Apa kata ajak kawan-kawan atau family anda naik belon udara panas? Yes hot air balloon! Memang jarang kan nak jumpa di Malaysia, kalau ada pun tak selalu. Sebelum ini memang ada di Putrajaya, namun setelah beberapa tahun wabak melanda negara kebelakangan ini. Aktiviti ini terpaksa ditunda. 

Apa yang lebih menarik, kini hot air balloon kembali lagi untuk semua cuba naik tau! Bila lagi nak cuba kan? Memang adventurous ni! 

Jangan risau, harganya sangat mampu milik sampai anda pun akan terkejut tau. Anda hanya perlu bayar RM1 seorang melalui DuitNow QR dengan mana-mana aplikasi perbankan mudah alih atau e-Wallet. Wah murahnya!

Belon udara panas ini mempunyai dua sesi setiap hari. Setiap sesi terhad kepada 60 orang pertama saja tau. Jadi siapa cepat, dia dapat!

- Pagi: 8am hingga 11am

- Petang: 6pm hingga 9pm

Tunggu apa lagi guys? Jom dapatkan kupon pembelian di Zon DuitNow untuk naik belon udara panas ini lebih awal untuk sahkan tempat duduk anda!

Image via PayNet

Tak cukup dengan itu, dah datang sini kenalah OOTD dan cari tempat Instagrammable betul tak? Jom ke Zon DuitNow!

Jangan risau, banyak tempat untuk anda ber-OOTD dengan family dan kawan-kawan. Pelbagai backdrop neon yang boleh jadikan sebagai photobooth untuk anda bergambar tau!

Antaranya termasuklah LED swing, LED seesaw, LED rabbit dan crystal lighting balloon. Seronok kan? Ini confirm budak kecil pun suka, dengan lampu-lampu yang warna-warni!

Kejap belum habis lagi tau, ada lagi aktiviti untuk kanak-kanak seperti belon buih dan aktiviti face painting. Ada juga bahagian NEON photowall kalau nak bergambar sambil melakukan aktiviti. Kalau dah ajak mereka, memang tak berhenti main!

Tak perlu risau, sebab semua aktiviti menarik di atas memang sangat berbaloi. Anda hanya perlu bayar RM1 seorang untuk setiap permainan atau photobooth

Yang penting, bayar dengan imbas DuitNow QR dengan mana-mana aplikasi perbankan mudah alih atau eWallet, barulah berbaloi dan syok!

Image via PayNet

Tunggu apa lagi? Ayuh plan hujung minggu anda bersama Jom Heboh!

Banyak lagi aktiviti dan acara menarik yang disediakan untuk anda semua. Jangan lupa terokai penggembaraan belon udara panas dan pelbagai lagi aktiviti bersama yang tersayang. 

Sambil-sambil itu, ada juga artis favourite anda semua sedia untuk membuat persembahan dan nyanyian. Hanya di Jom Heboh! 

Nak tahu ada artis siapa? Klik sini untuk dapatkan info lebih lanjut tentang Jom Heboh!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik