seismik

"Belum Masanya Untuk Rukuk" - Video Lelaki Ini Berlakon Solat Bikin Netizen Dekah

Eh, salah dengar!

Cover image via @hanzgadget (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Rukuk merupakan salah satu rukun ibadah solat yang wajib dibuat oleh setiap Muslim

Rukun solat boleh menentukan sah atau tidak solat seseorang itu. Rukuk merupakan antara salah satu rukun solat daripada 13 rukun yang ada. Setiap solat yang dilaksanakan wajib mempunyai rukuk. Ia akan dilakukan setelah bacaan surah Al Fatihah dan surah pilihan yang lain.

Baru-baru ini, tular video di Twitter mengenai seorang lelaki yang berlakon seolah-olah terbabas rukuk walaupun belum masanya untuk rukuk mencuri tumpuan ramai warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ingatkan dah habis baca surah, rupa-rupanya ada sambungan

Menerusi video berdurasi 15 saat yang dimuat naik oleh @hanzgadget, kelihatan seorang lelaki berlakon solat dari bacaan surah pilihan sehingga rukuk.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila lelaki itu terus rukuk sebaik saja mendengar "Allahu Akbar", padahal imam belum selesai membaca surah pilihan itu.

Lelaki itu beranggapan bahawa imam telah melafazkan takbiratul ihram. Dengan cepatnya, lelaki itu kembali ke posisi sebelumnya.

"Selalu kena macam ni, lepas tu terus solat tak focus" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih 76K views, 4K retweets dan 5K likes di Twitter.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen dapat relate dengan video lelaki itu. Malah, ada yang berkongsi pengalaman sama. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Haih betullah tu, jadi tak khusyuk dah solat! :(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: