Bengang Diri Dirakam Atas Bawah Oleh Lelaki Pervert, Wanita Ini Bertindak Jerit Dalam MRT
Harap pihak polis dapat tangkap lelaki tu!
Sebagai wanita, sudah tentu kita akan rasa tidak selesa apabila diperhati oleh orang yang tak dikenali di tempat awam
Apatah lagi jika kita dirakam atas bawah oleh lelaki miang. Ada yang tidak berani untuk bertindak apa-apa kerana risau diri di apa-apakan.
Namun, seorang wanita ini berani menjerit ke arah individu yang merakam dirinya semasa sedang menaiki MRT telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lelaki miang rakam atas bawah senyap-senyap, sekali menggelabah bila kena jerit
Menerusi video yang dimuat naik oleh @datinseriaish, kelihatan wanita itu sedang menaiki MRT untuk menuju ke destinasi seterusnya.
Apa yang membuatkannya naik angin adalah apabila dia perasan seorang lelaki di depannya seperti sedang merakam dirinya senyap-senyap.
Pada awalnya, dia tidak tahu lelaki tersebut sedang merakam dirinya. Tetapi, selepas beberapa minit lelaki itu dilihat beralih tempat duduk dan betul-betul berada di depannya sambil menghalakan kamera telefon ke arah wanita itu.
"Orang macam ni memang akan buat muka bongok sepesen macam ni lepas dikantoikan or terkantoi. Memang sama facial expression and body language tu" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 213.1K views, 3.5K likes dan 220 quotes, rata-rata netizen turut berang dan memberikan pandangan masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twiter:
Lelaki miang macam ni memang kena bagi pengajaran dekat dia, harap-harap polis dapatlah tangkap dia. Hati-hati semua!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!