seismik

“Berani Komen, Tanggunglah Di Akhirat” - Pak Andam Selar Mentaliti Suka Kutuk Saiz Badan

Ingat pepatah, kerana mulut badan binasa.

Cover image via SAYS via Grandeur Fai

Orang-orang kita memang ada satu mindset tentang ciri perempuan cantik. Dia mesti kurus, tinggi, hidung mancung, mata bundar, berkulit cerah dan akan lebih lawa andai ada darah kacukan

Dan disebabkan pemikiran seperti itu juga, masyarakat kita senang menghakimi sesuatu perkara andai tidak kena dimata mereka. Kalau bab mengata dan mengutuk, orang kita memang hebat.

Baru-baru ini viral di media sosial, luahan seorang pak andam, Fai Bani yang kecewa dengan sikap sesetengah individu yang melemparkan komen-komen negatif terhadap seorang pengantin wanita yang juga merupakan pelanggan khidmat andamannya. Hanya kerana saiz badannya yang besar, ada saja mulut-mulut jahat yang mengutuk dan menghinanya.

Baca perkongsian beliau di bawah:

Image via Grandeur Fai

CINTAILAH AKU SEADANYA!

"Saya adalah pak andam mempelai dan menyaksikan dari mula majlis hingga ke akhir majlis. Ramai yang beri comment negative with regards to the Kompang Group which is proudly sponsor by adik pengantin lelaki.

"Setahu saya, mempelai menerima saja dan beri support kerana adiknya berhati besar nak sponsor kompang. Saya rasa pengantin pun terkejut dengan persembahan kompang etc. Bukan hari-hari mereka bersanding, kan?

"Kalau mengikut adat memang harus dan berkat jika kompang diiringi selawat dan sebagainya. Moga comment dan feedback anda dapat memberi semangat dan perangsang kepada kumpulan kompang tersebut untuk kembali melaksanakan apa yang wajar."

Image via Grandeur Fai

"Ada yang comment sehingga mengutuk, tetapi bukan menasihati. Dan saya rasa itu bukan sikap sunnah Rasul dalam berdakwah. Saya harap kita semua kalau nak comment apa-apa, harap dengan kata-kata yang elok-elok, barulah anak muda kita sedar dan bangkit. Bukan ke ajaran Islam itu indah?

"Yang kedua, falsafah tentang scooter. Wow! Creative pula! Saya suka! Sebelum bergerak, mereka mempersembahkan scooter in action bagi meraikan pengantin dah tiba. Inikan trend zaman sekarang dengan scooter itu baru-baru ini. Kita pun tak dapat menjangka apa lagi kreativiti-kreativiti di masa akan datang. Husnuzon sajalah.

"Yang ketiga, ada yang mengutuk pengantin perempuan dengan zahirnya, tubuh badannya."

Image via Nora Abu Bakar

Allah Azza Wa Jalla, berfirman:

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّنْ قَوْمٍ عَسٰىٓ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَآءٌ مِّنْ نِّسَآءٍ عَسٰىٓ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوٓا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقٰبِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمٰنِ ۚ وَمَنْ لَّمْ يَتُبْ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الظّٰلِمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (karena) boleh jadi perempuan (yang diolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (QS. Al-Hujurat 49 ayat 11)

"Jika kamu mengutuk tubuh badan orang lain, anda juga mengutuk ciptaan Allah SWT. Anda tergolong dalam kalangan orang yang zalim.

"Minta maaflah kepada pengantin Nora. Orang Melayu kata, berani buat, berani tanggung. Berani comment, berani tanggung tapi di akhirat kelak."

Image via Nora Abu Bakar

"Apa pun kami di pihak Grandeur Fai amat mencintai semua mempelai tidak kira siapa mereka dan apa jua bentuk badan mereka. Kita terima dan beri layanan yang sama kasih antara satu sama lain.

"Sekian dan benar tulus ikhlas, Fai Bani."

"Lets give her our support with all the beautiful words and we are all the same. Even in hereafter, you, Nora Abu Bakar, will be the utmost beautiful princess in Jannah Firdausi. Aamiin!"

Image via Grandeur Fai

Kita sendiri pun tidaklah sesempurna mana. Jadi berhati-hatilah apabila mengeluarkan kata-kata kerana bimbang boleh membuatkan orang lain berkecil hati.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak kahwin? Baca ni dulu:

You may be interested in: