Berani Tak Tengok? ‘Keramat Gunung Jerai’ Bawa Kisah Ritual Terlarang & Misteri Seram Di Tonton

Yang suka cerita seram tu pergilah tengok!

Enlarge text
Cover ImageCover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau anda peminat filem seram yang dipenuhi elemen psikologi dan misteri, Keramat Gunung Jerai mungkin antara naskhah yang wajib masuk dalam senarai tontonan

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Menariknya, filem ini mencipta sejarah sebagai Tonton Originals pertama yang ditawarkan menerusi model Pay-Per-View (PPV) di platform Tonton, dengan harga tontonan hanya RM12.

Mengisahkan tiga sahabat karib yang nekad mendaki Gunung Jerai untuk melakukan satu ritual terlarang, mereka kemudiannya menemui sebuah batu misteri yang dikatakan mampu memakbulkan segala hajat.

Namun, sejak malam itu, kehidupan mereka berubah secara drastik apabila kejayaan datang tanpa diduga seolah-olah setiap impian mereka ditunaikan oleh satu kuasa ghaib.

Bertahun-tahun kemudian, rahsia lama kembali menghantui apabila anak perempuan salah seorang daripada mereka diserang penyakit misteri yang gagal dijelaskan secara logik.

Disebabkan dihimpit rasa bersalah, dia nekad kembali ke Gunung Jerai bagi mencari jawapan dan membetulkan kesilapan silam. Tetapi semakin jauh pencariannya, semakin banyak rahsia gelap yang terbongkar.

Filem arahan sulung Luqman Hafidz ini dibintangi Niezam Zaidi, Cristina Suzanne, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Sara Ali, selain diterbitkan oleh Lumatic Films, syarikat yang sebelum ini menghasilkan filem seperti BRU, Imaginur dan Terbaik Dari Langit

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Keramat Gunung Jerai kini boleh ditonton secara eksklusif di Tonton menerusi PPV pada harga RM12, bermula 8 Julai 2026.

Bagi peminat genre seram tempatan, ini mungkin antara filem yang mampu membuatkan anda berfikir dua kali sebelum mempercayai sesuatu yang kelihatan terlalu indah untuk menjadi kenyataan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: