Berapa Banyak Sabun Kena Letak Sebenarnya Bila Basuh Baju? Ini Apa Yang Anda Kena Tahu

Baru boleh jimat!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Persil & SL

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernah tak anda tuangkan lebih lagi sabun pencuci pakaian ke dalam mesin basuh, dengan mengandaikan pakaian kotor memerlukan lebih kesan tambahan?

Ia sebenarnya bukanlah perkara yang asing. Kebanyakan daripada kita membesar dengan beranggapan bahawa lebih banyak sabun diletak secara automatik bermaksud memberi kesan pakaian yang lebih bersih dan segar.

Walau bagaimanapun, menuangkan kuantiti sabun yang besar ke dalam kitaran basuhan sebenarnya boleh merosakkan pakaian dan menyebabkan masalah pada mesin basuh.

SAYS.com
Image via Towfiqu bhabuiya/Pexels

Sabun pencuci pakaian moden sudah memiliki 'kuasa' mencuci yang kuat

Seorang pakar dobi mendedahkan bahawa anda tidak memerlukan banyak sabun pencuci pakaian sebenarnya. Untuk muatan kecil standard 2 hingga 3kg, anda hanya memerlukan kira-kira satu sudu besar, atau kira-kira 15mm, sabun cecair atau serbuk.

Muatan sederhana 4 hingga 6kg memerlukan kira-kira dua sudu besar, manakala muatan berat 7kg hanya memerlukan paling banyak tiga sudu besar.

Jika anda menggunakan pod detergen, satu pod biasanya sudah memadai untuk cucian biasa, dan anda hanya memerlukan pod kedua jika anda membasuh longgokan besar cadar tebal atau pakaian sukan berlumpur.

SAYS.com
Image via RDNE Stock Project/Pexels

Apabila anda menambah terlalu banyak detergen, mesin basuh anda akan menghasilkan timbunan buih tebal yang sebenarnya akan beri kesan sebaliknya

Mesin basuh membersihkan pakaian dengan membiarkannya ia bergesel antara satu sama lain semasa berputar di dalam air.

Buih yang berlebihan akan menghasilkan kusyen lembut yang menghalang geseran ini daripada berlaku, memerangkap kotoran, peluh dan bakteria di dalam timbunan sabun dan bukannya mengalirkannya ke dalam longkang.

Kotoran yang terperangkap itu akhirnya akan kembali ke fabrik, menyebabkan pakaian anda terasa melekit, gatal dan kusam.

SAYS.com
Image via Wash Tech Repair (YouTube)

Lebih buruk lagi, mesin basuh anda hanya menggunakan jumlah air yang ditetapkan semasa kitaran bilasannya

Jika terdapat terlalu banyak sabun di dalam, mesin tidak dapat membilasnya sepenuhnya.

Sisa detergen yang tinggal itu akan terkumpul dari semasa ke semasa, memerangkap kelembapan dan menyebabkan bau hapak dan masam pada kain yang baru dibasuh.

Di dalam perkakas itu sendiri, detergen yang berlebihan menghasilkan pembentukan berlendir dan gelap yang menyumbat sensor dalaman dan merosakkan paip saliran, yang akhirnya menyebabkan kos pembaikan yang mahal.

Anda juga perlu ingat bahawa garisan pengukur yang diletakkan di dalam penutup detergen selalunya merupakan perangkap yang bijak

Menurut satu laporan, pengeluar kerap mereka bentuk garisan tersebut untuk menggalakkan anda menggunakan lebih banyak kuantiti daripada yang anda perlukan supaya anda menghabiskan botol dan membeli yang baharu dua kali lebih pantas.

Apa yang anda perlu lakukan adalah abaikan garisan penutup yang mengelirukan itu, ukur satu atau dua sudu besar yang sederhana, dan biarkan mesin anda melakukan tugasnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik