Berat Kelat Susut Sampai 100KG, Kebajikan Tiga Gajah Malaysia Di Zoo Tennoji Dipersoal

Difahamkan, Kelat menunjukkan beberapa ciri yang dikaitkan dengan fasa musth.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebajikan tiga ekor gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun kembali menjadi perhatian selepas berat badan Kelat didakwa menyusut kira-kira 100 kilogram

SAYS.com
Image via Harian Metro

Menurut laporan Sinar Harian, Presiden Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia (PERKAM), Prof Dr Santharasekaran Subramaniam berkata, berat Kelat dilaporkan susut daripada kira-kira 2,800 kilogram kepada 2,700 kilogram.

Menurutnya, perubahan itu menimbulkan persoalan mengenai tahap kesihatan dan kebajikan gajah jantan berkenaan, terutama ketika Kelat dikatakan sedang melalui fasa musth.

"Jika gajah berada dalam sistem zoo, rutin pemakanan, penjagaan kesihatan oleh doktor veterinar dan pemantauan tingkah laku sepatutnya dilakukan secara berkala.

"Justeru, persoalannya ialah bagaimana Kelat boleh mengalami penyusutan berat badan sedemikian?"
katanya.

Santharasekaran berkata, laporan kesihatan berkala DAK sewajarnya disediakan oleh doktor veterinar yang mempunyai kepakaran dalam penjagaan gajah dan tidak hanya bergantung kepada kenyataan pihak pengurusan zoo.

Beliau turut membangkitkan beberapa faktor persekitaran di Zoo Tennoji yang menurutnya perlu diberikan perhatian, termasuk ruang pergerakan, pemakanan, kebersihan air kolam dan keadaan cuaca

SAYS.com
Image via Citizens Journal

"Keadaan cuaca termasuk musim sejuk yang bakal tiba juga perlu diberi perhatian kerana perubahan persekitaran boleh memberi kesan terhadap kebajikan haiwan yang ditempatkan dalam kurungan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Santharasekaran mendakwa Kelat menunjukkan beberapa ciri yang dikaitkan dengan fasa musth, termasuk rembesan cecair pada bahagian pelipis, perubahan tingkah laku serta kerap mengangkat kepala dan mengembangkan telinga.

Bagaimanapun, beliau menggesa keadaan tersebut dinilai doktor veterinar berkelayakan bagi menentukan sama ada perubahan berkenaan merupakan proses fisiologi normal ketika musth atau mempunyai kaitan dengan faktor kesihatan dan persekitaran.

PERKAM turut mempersoalkan sama ada kemudahan di Zoo Tennoji benar-benar memenuhi keperluan habitat DAK, termasuk aspek teduhan ketika cuaca panas.

Menurut Santharasekaran, terdapat visual tular yang menunjukkan Dara dan Amoi berada di sebalik tembok ketika cuaca panas, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kesesuaian persekitaran mereka.

Susulan itu, PERKAM mencadangkan penubuhan satu badan bebas yang terdiri daripada doktor veterinar, aktivis gajah dan pihak berkepentingan dalam pemuliharaan hidupan liar bagi menilai keadaan sebenar DAK di Zoo Tennoji

SAYS.com
Image via Kosmo!

"Penilaian dan pemantauan pihak ketiga adalah cara terbaik bagi memastikan keadaan sebenar tiga ekor gajah kita di zoo tersebut dapat dikenal pasti berdasarkan bukti dan penilaian profesional.

"Rakyat Malaysia mahu kesejahteraan DAK terpelihara,"
katanya.

Beliau berkata lagi, sekiranya penilaian bebas membuktikan berlaku pengabaian kebajikan atau pembiakan secara paksa seperti yang didakwa, tindakan sewajarnya termasuk mempertimbangkan penghantaran pulang ketiga-tiga gajah berkenaan ke Malaysia perlu diberi perhatian.

DAK sebelum ini ditempatkan di Zoo Tennoji, Osaka menerusi kerjasama pemindahan gajah antara Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan di Jepun.

PERKAM menegaskan pemantauan berkala serta laporan veterinar yang telus penting bagi memastikan kebajikan ketiga-tiga gajah berkenaan terus terpelihara sepanjang berada di luar negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: