seismik

"Bergenang Air Mata Isteri" - 5 Tahun Berkahwin, Rupanya Air Mani Suami Tiada Benih Sperma

‘Azoospermia’ ialah air mani tanpa satu pun sperma.

Cover image via Net Doctor & @Dr_Ahmad_RZ (Twitter)

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan cahaya mata bagi menyerikan hidup mereka dalam keluarga

Selalunya wanitalah yang akan berdepan dengan pelbagai pertanyaan jika masih belum mempunyai zuriat setelah beberapa tahun berkahwin.

Lebih-lebih lagi jika ditambah dengan soalan daripada 'makcik bawang' yang agak menyakitkan hati.

Namun, ramai yang meletakkan kesalahan hanya di sebelah pihak sedangkan lelaki juga berisiko menghadapi masalah kesuburan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via KL Fertility Center

Doktor kongsi kisah suami berdepan masalah kesuburan

Tular di laman Twitter baru-baru ini apabila perkongsian seorang doktor yang merupakan pakar kepada masalah seksual dan reproduktif menarik perhatian ramai.

Doktor yang dikenali sebagai Dr Ahmad itu telah berkongsi cerita mengenai sepasang suami isteri yang berdepan masalah kesuburan 'Azoospermia' iaitu air mani tanpa satu sperma.

Jangan cari salah hanya daripada sebelah pihak

Apa yang lebih menyedihkan, doktor tersebut berkongsi reaksi si isteri apabila mengetahui mengenai suaminya.

Dia dilihat tidak dapat menahan air mata kerana selepas lima tahun berkahwin baru suami mengetahui perkara itu.

Susulan daripada itu, Dr Ahmad menjelaskan tindakan selanjutnya akan dilakukan bagi mengenal pasti punca permasalahan tersebut.

Tambahnya, fertiliti bukanlah untuk mencari salah sesiapa tetapi untuk mencari solusi dan ikhtiar.

Sementara itu, perkongsian berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet dan mereka meluahkan pandangan mengenai isu ini

Kalau korang ada masalah yang sama, banyakkan ikhtiar dan berdoa okay. Semoga ada rezeki :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: