71 Kaunter Pasport Ditutup Sementara Secara Berfasa Untuk Penyelenggaraan Sistem

JIM bagaimanapun tidak memperincikan jadual penutupan bagi fasa-fasa seterusnya.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 71 cawangan pejabat pengeluar pasport di seluruh negara akan ditutup sementara secara berfasa bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Menurut laporan Malaysia Gazette, kenyataan yang dimuat naik di media sosial pada Selasa, JIM memaklumkan penutupan fasa pertama akan bermula dari 26 Jun hingga 30 Jun melibatkan beberapa cawangan utama termasuk Ibu Pejabat Putrajaya, Jalan Duta di Kuala Lumpur, Melaka, Kelana Jaya, KLIA serta beberapa Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara.

Antara cawangan yang terlibat ialah UTC Puduraya, UTC Selangor, UTC Johor Bahru, UTC Pasir Gudang, UTC Seremban, UTC Ipoh, UTC Kedah, UTC Sungai Petani dan UTC Seberang Perai.

SAYS.com
Image via Utusan Malaysia

Menurut jabatan itu, sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut, semua urusan berkaitan permohonan pasport di kaunter dan menerusi platform MyOnline Pasport, termasuk proses percetakan pasport di cawangan terlibat, tidak dapat dilaksanakan

"Orang ramai dinasihatkan supaya merancang urusan pasport lebih awal dan mendapatkan maklumat terkini menerusi saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia. Kerjasama dan perhatian anda amat dihargai," menurut kenyataan tersebut.

JIM bagaimanapun tidak memperincikan jadual penutupan bagi fasa-fasa seterusnya, namun memaklumkan pelaksanaan dilakukan secara berperingkat melibatkan 71 cawangan di seluruh negara.

Orang ramai yang mempunyai urusan berkaitan pasport dinasihatkan supaya menyemak status operasi cawangan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: