Bahana Jiran Dengan ‘Hoarder’, Sampah & Barang Bertimbun Hampir Cecah Bumbung

Kesian jiran sebelah rumah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah rumah baru-baru ini viral kerana didapati menyimpan barangan buangan dan terpakai sehingga hampir memenuhi keseluruhan ruangan porch rumah

Dikongsikan di Threads oleh @nurin_jazz pemilik rumah berkenaan adalah jiran kepada pemilik video yang dikongsinya.

Tetapi setakat ini pihak penguatkuasa masih belum memulakan apa-apa tindakan untuk pemilik rumah tersebut walaupun sudah dibuat aduan.

"Penat nak hadap jiran macam ni, bila kita lapor dekat penguatkuasa macam tak dilayan. Rumah aku pula selalu je tikus masuk, dah tak tahu nak buat macam mana lagi," katanya di Threads.

Menjelas lanjut, rumah pemilik video sudah banyak kali dimasuki tikus dan dia mendapati keadaan di dalam rumah itu lebih banyak sampah.

SAYS.com
Image via Threads

Uncle tersebut juga bukan sahaja duduk berseorangan tetapi bersama seorang anak perempuan.

"Yang paling buat saya terkejut, dalam rumah pun sama banyak sampah. Saya resah tengok, padahal anak Uncle tu perempuan tau, jadi saya dah screenshot sekali gambar-gambar anak dia untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut, doakan," tambahnya lagi di Threads.

Dalam video tersebut, menunjukkan seorang warga emas yang berada di atas timbunan sampah-sarap tersebut.

View on Threads

Reaksi netizen juga terkejut melihat keadaan rumah

Seorang pengguna mengatakan isu hoarding ini adalah masalah mental.

"Sebenarnya ni masalah mental." kata seorang pengguna.

Ada beberapa orang telah menasihati untuk melaporkan perkara ini dengan lebih jelas kepada pihak bertanggungjawab.

Pemilik video perlu mengisukan masalah tikus, memberitahu Akta 171, Seksyen 74-76, 80-82 kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Risiko kesihatan kepada jiran tidak boleh dipandang remeh. Isu risiko kebakaran juga boleh menjadi isu apabila laluan kecemasan terhalang.

"Lapor kepada PBT>Jabatan Kesihatan> Ahli Majlis> Datuk Bandar dan ADUN. Lapor secara asing kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," kata @syarawiarchitect di Threads.

Ada yang menceritakan pengalaman mereka dengan masalah yang hampir sama menghadap manusia dengan masalah hoarding.

"Dulu pernah ada jiran macam ni juga. Ayah pergi majlis mula-mula tak layan. Lepas tu balik ayah suruh buat surat aduan. Satu majlis, satu untuk SPRM, satu lagi untuk pejabat menteri besaar. Lepas tu bawa semua surat tu tunjuk dekat majlis. Esok lusa diaorang sita," kata @glowynestdaily.

SAYS.com
Image via Threads

Terdahulu, pernah terjadi satu kes di mana sembilan tan sampah telah dibersihkan dari rumah warga emas di Taman Sentosa di Johor Bharu.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Berkemungkinan besar perkara ini berlaku sekali lagi di rumah yang sama seperti yang dikongsikan di Threads setelah beberapa orang tersedar ia rumah yang sama.

Hoarding disorder (Gangguan Penimbunan) adalah kesukaran bersangatan seseorang itu untuk membuang atau berpisah dengan barangan peribadi kerana merasai keperluan untuk sesuatu barangan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: