Bapa Kongsi Anak Beli Mi Goreng RM1 Tapi Saiz ‘Taster’ Cetus Perdebatan Ramai
Mana pergi mi yang lain?
Cover image via @ysdlysf / ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu paket mi goreng segera yang dijual dengan harga RM1 menarik perhatian para netizen
Dikongsikan oleh pengguna @ysdlysf di Threads, dia telah berkongsi gambar mi goreng segera yang dijual di dalam beg zip-lock kecil dan dimasukkan satu pencucuk plastik.
Pengguna tersebut mengatakan anaknya telah membeli satu plastik mi setelah balik dari sekolah dengan harga RM1.
"Mi goreng plastik dah berevolusi, makin kecil tapi ada sudu cucuk-cucuk. Dulu-dulu gigit kat bawah buat lubang lepas tu sedut sikit-sikit," katanya di Threads.
Setelah ditanya mengenai saiz paket mi berkenaan, dia mengesahkan ini adalah apa yang anaknya dapat dengan mi harga RM1.

Ramai orang persoal mengapa saiz mi yang dijual itu terlalu sedikit untuk RM1
Ramai mempersoalkan dengan harga RM1 jumlah mi yang dimasukkan sangat sedikit dan tidak sepatutnya dijual dengan harga tersebut.
"Sepatutnya 20 sen sahaja ni," kata satu komen.
"Macam sikit sangat pulak RM1 dapat banyak tu. Kesian budak-budak, tengok macam maggie instant kosong tu goreng balik dengan tumisan bawang & kicap je," kata @aiinabiloh.
"Peniaga tak ada hati perut macam letak taster je jual kat budak-budak sekolah. Itu sah-sah maggi biasa tak ada rencah apa. Moga MySARA makcik yang menjual ni masuk separuh je bulan ni"
Menurut @ysdlysf, mi berkenaan tidak dibeli di kantin sekolah tetapi dibeli di kedai runcit di luar kawasan sekolah anaknya.
Ada juga yang berkongsi gambar makanan yang dibeli oleh anak mereka tetapi dengan saiz yang lebih munasabah.
"Laksa RM1 jual luar sekolah anak. Bihun sup RM1 pun ada. Tringin nak makan laksa banyak ni pun dah kenyang. Murah rezeki penjual," kata @little_darissa di Threads.

Berniaga dengan jujur boleh membina kepercayaan pelanggan, membawa keberkatan rezeki dan menjadi kejayaan jangka panjang perniagaan. Ramai berharap agar peniaga ini sedar 'menipu' kanak-kanak demi keuntungan adalah perkara yang sepatutnya dielakkan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


