Berkat Rutin Ulang Hafazan Selepas Subuh, Murid Orang Asli Jadi Johan Hafazan

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua johan!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap hari selepas subuh seorang murid disiplin mengulang hafazannya setiap hari

Ini adalah kunci kejayaan seorang murid Orang Asli suku Semai yang telah dinobatkan juara kategori lelaki pertandingan hafazan pada Karnival Fitrah Murid Orang Asli (KAFOA), Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan peringkat kebangsaan.

Dilaporkan oleh BERNAMA, Muhamad Nazirul Hakim Marzuky, 12, dari Batu 12, Gombak, Selangor mengatakan rutin itu membolehkan dia menghafaz 22 surah lazim dalam tempoh hanya dua bulan sahaja.

Anak ketiga daripada lima beradik ini mula berminat membaca al-Quran ketika Tahun Dua hasil sokongan dan galakan ibunya, Kamsiah Bah Aden, 45, seorang sui rumah.

"Saya menghafaz setiap hari selepas solat Subuh hingga matahari terbit. Alhamdulillah saya hanya mengambil masa kira-kira dua bulan untuk menghafaz 22 surah lazim termasuk al-Fil, al-'Alaq, at-Tin dan an-Nas,"
katanya.

Kemenangan beri semangat untuk menghafaz 30 juzuk

Kemenangan ini malah memberikan Nazirul semangat lebih tinggi untuk meneruskan perjalanan hafazannya.

"Kemenangan ini memberi semangat kepada saya untuk menghafaz 30 juzuk al-Quran sekurang-kurangnya pada tahun depan," katanya lagi.

Bapa kepada Nazirul, Marzuky Agus Azlan, 42, juga mengatakan beliau sendiri turut mempelajari taranum Giharkah, Kurdi dan Hijaz bagi memperelok lagi bacaan al-Quran.

Kejayaan ini juga adalah hasil bimbingan dua guru Nazirul iaitu Masiswandi Muhamad dan Nuruddin Suhaimi yang sentiasa membimbing dan memberi dorongan untuk memperbaiki bacaan dan hafazan.

"Walaupun perlu membahagikan masa antara persekolahan dan hafazan, disiplin mengulang bacaan setiap pagi menjadi kunci kejayaan saya," kata Nazirul.

Nazirul juga menanam impian untuk menyarung jersi pemain sepak takraw negara.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Juara kategori perempuan juga bercita-cita besar

Bagi kategori perempuan pula Nur Dalia Eryna Abdul Halim, 12, yang juga dari Batu 7, Gombak mengambil masa kira-kira setahun untuk menghafaz 23 surah lazim termasuk al-Fatihah.

Dalia mengatakan dia merakam bacaan sendiri dan mendengarnya semula selama kira-kira sejam setiap malam untuk mengukuhkan hafazan.

SAYS.com
Image via Bahagian Pendidikan Islam KPM / Facebook

"Saya berharap kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada anak-anak Orang Asli lain untuk terus mendalami al-Quran," katanya.

Dia juga turut menyasarkan untuk menghafaz 30 juzuk dalam tempoh tiga tahun dan bercita-cita untuk menjadi ustazah.

SAYS.com
Image via Bahagian Pendidikan Islam / Facebook

Karnival Fitrah Murid Orang Asli (KAFOA) bukan sahaja membawa pertandingan hafazan tetapi Dai Cilik, nasyid, serta Azan & Iqamat termasuk slot kerohanian bagi memperkukuh akidah dan ibadah murid.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: