DOSM Kongsi Kadar Gaji Sepatutnya Mengikut Negeri, Adakah Pendapatan Anda Cukup?

Adakah gaji anda cukup mengikut tempat tinggal?

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi median upah bulanan pekerja sektor formal warganegara di Malaysia

Menurut DOSM, median upah bulanan pekerja tersebut telah meningkat kepada RM3,027 sebulan pada Mac 2026.

Laporan ini mengesahkan pasaran buruh Malaysia kekal berada pada landasan yang postif dengan pertumbuhan guna tenaga yang berterusan dan mencerminkan peningkatan jumlah pekerja formal warganegara kepada 7.05 juta orang pada Mac 2026.

Mengikut jantina, pekerja formal lelaki merangkumi 55% (3.88 juta orang) dan pekerja formal perempuan sebanyak 45% (RM3.17 juta orang) bagi warganegara.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Simple Wikipedia

Median upah bulanan mengikut negeri dan wilayah

Median upah bulanan mengikut negeri dan wilayah juga telah dikongsi oleh DOSM di mana Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan nilai upah tertinggi manakala Kelantan dengan upah terendah.

SAYS.com
Image via Department of Statistics Malaysia / Facebook

1. W.P. Kuala Lumpur – RM4,527
2. Selangor – RM3,445
3. Pulau Pinang – RM3,064
4. W.P. Putrajaya – RM3,000
5. Johor – RM2,800
6. Melaka – RM2,664
7. Negeri Sembilan – RM2,645
8. Pahang – RM2,400
9. Perak – RM2,300
10. Sarawak – RM2,300
11. Terengganu – RM2,227
12. W.P. Labuan – RM2,200
13. Kedah – RM2,100
14. Sabah – RM2,082
15. Perlis – RM1,855
16. Kelantan – RM1,827

Upah mengikut jantina menunjukkan lelaki yang merangkumi 55% (3.88 juta orang) mempunyai median upah sebanyak RM3,064 manakala bagi perempuan 45% (3.17 juta) dengan media upah RM3,000.

Industri mana yang paling tinggi media upah bulanan?

SAYS.com
Image via Department of Statistics Malaysia / Facebook

Upah mengikut sektor ekonomi juga berbeza-beza dimana sektor perlombongan dan pengkuarian menunjukkan median upah paling tinggi manakala pertanian menunjukkan media upah paling rendah.

1. Perlombongan & Pengkuarian – RM9,678
2. Pembinaan – RM3,082
3. Perkhidmatan – RM3,064
4. Pembuatan – RM2,900
5. Pertanian – RM2,327

Tambahan lagi dalam laporan tersebut, jurang pendapatan dan jurang persentil telah menunjukkan pekerja pada kumpulan atas menerima lebih 6 kali ganda berbanding pekerja pada kumpulan bawah.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Bagi persentil ke-10 (Terendah), 10 peratus pekerja formal menerima upah RM1,700 dan ke bawah manakala persentil ke-90 (Tertinggi).

Secara keseluruhannya pasaran buruh formal Malaysia terus menunjukkan prestasi yang kukuh dan berdaya tahan pada suku pertama 2026 yang disokong oleh pertumbuhan bilangan pekerja formal serta peningkatan media upah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: