Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya Catat Kos Sara Hidup Isi Rumah Paling Tinggi – DOSM
Trend kenaikan harga barangan dan perkhidmatan asas memberi kesan kepada kos sara hidup isi rumah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini telah mengeluarkan Indeks Kos Sara Hidup (IKHS) yang menunjukkan peningkatan kos sara hidup isi rumah
Antara negeri yang mencatatkan kos sara hidup isi rumah paling tinggi adalah Putrajaya (106.3 mata), Kuala Lumpur (106.1 mata) dan Selangor (105.4 mata).
Kelantan dan Kedah pula telah mencatat kos sara hidup yang terendah dengan 103.9 mata dan 104.6 mata.
Menurut laporan daripada Berita Harian, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, mengatakan pendapatan isi rumah kini meningkat kepada RM9,155 pada tahun 2024 berbanding RM8,479 pada tahun 2022.
"Manakala, perbelanjaan purata isi rumah pula turut meningkat daripada RM5,150 kepada RM5,566 iaitu pada kadar 3.9 peratus setahun dalam tempoh yang sama," katanya.

Trend kenaikan harga barangan dan perkhidmatan asas memberi kesan kepada kos sara hidup isi rumah
Menurut Akmal Nasrullah, data Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), menunjukkan harga barangan kekal meningkat termasuk perkhidmatan asas sekali gus memberi kesan kos sara hidup isi rumah. Perkara ini terkesan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan 'working poor'.
Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) nasional juga telah meningkat daripada RM4,729 sebulan kepada RM4,846 sebulan, dengan jurang lebih ketara antara bandar (RM5,169) dan luar bandar (RM3,712) pada tahun 2024, menunjukkan kos sara hidup yang lebih tinggi di kawasan bandar.
Kerajaan juga akan memastikan intervensi berstruktur di bawah RMK13 dan Belanjawan 2026 melalui inisiatif jangka pendek, sederhana dan panjang.

Bagi jangka pendek, peruntukan RM15 bilion melalui bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah diberikan. RM3.1 bilion dana kebajikan (JKM) untuk golongan miskin, OKU dan warga emas. RM600 juta buat Inisiatif Payung RAHMAH serta RM67 juta buat penyeragaman harga di Sabah, Sarawak, dan Labuan. Subsidi bersasar berpandukan pangkalan data PADU turut dikuatkuasakan.
Bagi jangka sederhana dan panjang, pelaksanaan gaji progresif dan peningkatan perintah gaji minimun kepada RM1,700. Pemerkasaan pasaran kerja melalui penciptaan peluang pekerjaan berkualiti, pengukuhan kemahiran tenaga kerja dan reformasi struktur pendidikan negara.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via