seismik

Wanita Kongsi Pengalaman 'Rare' Bersalin Anak Kembar Cara Normal & Ceaser Pada Satu Masa!

Kepantasan doktor dalam bertindak telah menyelamatkan nyawa Nadia serta anaknya.

Cover image via Facebook Nadia Fuzi

Semenjak dua menjak ini, agak kecoh tentang isu doula dan 'gentlebirth' di media massa lebih-lebih dalam kalangan ibu-ibu

Doula merupakan istilah yang digunakan oleh seorang pelatih yang membantu memberikan sokongan dan panduan dari segi emosi, pendidikan dan fizikal kepada wanita mengandung semasa proses kelahiran. Kemungkinan ada di kalangan doula ini yang berstatus profesional, namun ada juga yang menawarkan perkhidmatan tersebut tanpa latihan perbidanan yang formal.

Bahkan ada juga doula yang berkongsikan ilmu kehamilan, seperti cara meneran, cara bernafas, dan sebagainya agar wanita dapat bersalin dengan tenang tanpa sebarang kaedah perubatan.

Lebih teruk apabila ada doula yang menyarankan para ibu untuk bersalin secara 'gentlebirth' di rumah tanpa pengawasan doktor bertauliah.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Nadia Fuzi, telah berkongsikan tentang pengalamannya dalam melahirkan cahaya mata kembar melalui kaedah normal dan ceaser secara serentak.

Nadia sebelum ini juga hampir terpengaruh dengan teknik ‘gentlebirth’ kerana mahu kedua-dua anaknya itu dilahirkan secara normal, walaupun daripada awal telah dimaklumkan mempunyai risiko. Namun begitu, mujur Nadia merujuk kepada doktor bertauliah terlebih dahulu dan memilih untuk melahirkan anak-anaknya itu di hospital.

Sekiranya tidak, kebarangkalian salah seorang bayi yang dikandungnya mungkin tidak dapat diselamatkan kerana terdapat komplikasi semasa kelahiran. Bukan itu sahaja, Nadia juga mungkin boleh kehilangan nyawa sekiranya doktor tidak bertindak dengan pantas.

Baca perkongsian penuh di bawah:

BERSALIN NORMAL VS CEASER?
BAGAIMANA AKU LALUINYA SERENTAK.
DOKTOR GOOGLE vs DOKTOR HOSPITAL?

Sampaikanlah walau sepotong ilmu dan ayat.

Dah havoc issue Doula lah, gentle birth semua ni, Nad rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu dan rasa tentang pengalaman kelahiran Yang Nad lalui yang doctor katakan ia sangat rare dan jarang berlaku. Dan asbab dari kepakaran doktor juga Nad dan both baby selamat.

Doktor takkan buka cerita tentang patient mereka sebab sulit tapi meh patient sendiri open story supaya terbukak kepala otak korang yang nak mencuba-cuba bersalin suruh Doula sambut kelahiran tu.

Mungkin ada dari kawan-kawan yang dah pernah dengar cerita aku ni tapi percayalah masih ramai ibu-ibu di luar masih tak sedar tentang pentingnya ilmu tentang kelahiran semua ada percentage risiko tersendiri samada kecil atau besar dan juga penting nya orang yang bertauliah ada ketika waktu kita melahirkan anak.

2013 Nad disahkan pregnant anak kembar. Hati memang happy tak payah ceritalah sebab kami dah 3 tahun menunggu

Tapi macam biasalah mak-mak mengandung ala millennial ni semua benda kita buat research daripada segi pemakanan, kandungan dan issue paling hot ialah gentle birth. Google dan Facebook grouping is my bestfriend time ni.

Bermula checkup monthly everything was going smooth. Muntah-muntah, double pain dan morning sickness tu biasalah, kaki bengkak dan mengidam makan. Nad jugak ahli dalam group gentle birth dan benda yang paling rasa seriau perkara pertama bila kita dengar dari cakap-cakap orang ialah pergi ke hospital diorang nasihatkan kita Czer.

Sebabnya ialah Nad pregnant MCDA twin (kembar berkongsi uri dan air ketuban) risiko tinggi berbanding dengan DCDA twin tidak berkongsi uri dan air ketuban. Tapi ada pula SUARA-SUARA yang mengatakan doktor cuma nak buat duit banyak sebab tu suruh kita Czer.

So mana satu nak dengar ni?

Maka bermulalah journey untuk kita tegakkan keadilan mahu juga gentle birth dan kita buat research yang sememangnya ibu-ibu hamil anak pertama ni memanglah mudah terpengaruh cakap-cakap doktor google ni. Kita fikir secara logik nak juga normal delivery.

Baby Nad yang pertama memang dah engaged untuk normal delivery dan second baby juga bersedia maka hati sangat-sangatlah nak gentle birth tanpa kita fikir risiko-risiko yang lain dengan harapan, "Orang lain boleh bersalin kembar norrmal kot kat rumah je takde apa pun tapi time aku kenapa pulak tak boleh?"

Fuhhh hebat sungguh para-para consultant tak bertauliah ni bermain dengan emosi sampai kita semua fikir ini konspirasi doktor adalah agen Yahudi semua. Ya Rabbi sampai macam tu doktor jugak yang kena.

Sehinggalah Nad jumpa doktor Norehan semula which is doctor klinik swasta yang Nad jumpa masa mula-mula dapat tahu Nad pregnant twin dulu. Dia kata, "You better go to Government Hospital sebab saya ada ramai kawan-kawan pakar yang memang berpengalaman kat sana untuk handle gentle birth yang kandungan berisiko."

Alamak! Aku fikir balik dengan typical thinking aku yang tak habis-habis terdengar nasihat-nasihat manusia doktor Google ni. "Kalau kau pergi refer government hospital macam kau pergi hantar free-free je untuk Czer. Dengan layanan yang ada kata memanglah outlah, takda masa doktor nak layan kau punya plan nak gentle birth tu."

Time tu berbelah bagi masih lagi dengar cakap-cakap acah-acah good consultant ni.

Alhamdulillah, Allah SWT gerakkan hati supaya aku ni tak jadi manusia selfish hanya kerana nak kan sangat follow plan gentle birth aku

So aku tolak segala risiko-risiko lain dengan hanya BERGANTUNG DAN HARAP-HARAP SEMUA AKAN OK DAN BOTH BABY KELUAR DENGAN NORMAL.

On 26th March, Nad - 36 weeks pregnancy refer ke Pakar di Hospital Sultan Ismail atas nasihat Doktor Norehan.

Honestly Nad beritahu Nad nak gentle birth dan dokor beritahu mereka boleh bagi Nad bersalin normal setelah ambil kira perkara-perkara lain. Doktor check bukaan pukul 1 petang memang sudah ada 4 cm dan mereka siap sedia untuk sambut kelahiran.

Terus aku macam terpinga-pinga sebab memang rasa tak sakit dan bukan ke pakar doktor Google kata selagi takda sakit contraction, jangan pergi hospital?

Bila tanya doktor bertauliah rupanya rumors tu memang tak boleh pakai sebab cara kelahiran dan rasa contraction adalah berbeza setiap orang. Kalau aku pusing-pusing mall tiba-tiba bersalin, doktor hospital juga yang kita kena refer.

Terus Nad di warded dan diletakkan dalam ward Khas HDW. Penuh wayar atas perut untuk monitor jantung baby. Dalam pemikiran aku ialah, "Weh kenapa beria sangat diorang ni jaga aku. AKU OK JE KOT!"

Tapi itu adalah dari perspektif manusia seperti kita yang kurang ilmu dan tidak ada tauliah. Tapi bagi doktor kelahiran kembar adalah kelahiran berisiko tinggi lagi-lagi yang berkongsi uri dan air ketuban. Which is aku cannot brain ada Doula kata, "Ala ada ramai je yang OK bersalin kat rumah ada je kembar bersalin position sujud rukuk semua."

Weh seriously semudah tu je kau jump into conclusion cakap macam risiko tu tak ada pun!

NOW HERE IS MY TURNING POINT OF THE STORY, tolonglah buka hati dan minda ibu-ibu sekalian

Tepat pukul 9.28 malam, Alhamdulillah aku dapat bersalin secara normal kembar pertama, Sumayyah Hannan yang aku nak sangat normal delivery. Which is masa aku bersalin aku di-monitor lebih dari 3 orang doktor bersama pasukan sorak nurse yang memang hebat.

Kembar pertama Sumayyah Hannan lahir pukul 9.28 malam berat 2.2kg.

Perjuangan untuk melahirkan kembar kedua, Nur Sumayyah Aqilah. Allahuakbar. Inilah perjuangan, dugaan dan nikmat yang aku paling tak boleh lupa seumur hidup. Disinilah titik tolak yang aku betul-betul appreciate what all these doctors did for me.

Aku memang betul-betul keletihan sebab dari malam tadi aku memang tak boleh nak lelap sangat.

Husband aku genggam tangan aku dia minta teruskan untuk secnd delivery twin dan dia adalah orang yang sangat penting berada di sebelah aku supaya aku tak tertidur sebab keletihan dan sentiasa ada semangat.

Aku perasan ada seorang doktor perempuan chinese pegang perut aku, seorang lagi doktor tengah scan, seorang lagi doktor perempuan tengah check baby. Doktor yang tengah scan dia check Aqilah dah pusing ke bawah. Tapi doktor tu cakap dengan doktor yang pegang perut aku dia macam pusingkan Aqilah dari luar.

Doktor lelaki yang tengah scan tu aku ingat lagi nama dia Dr Badrul. Dia suruh aku push. Tapi aku tiba-tiba rasa Aqilah pusing dengan sangat kuat.
 
Dia tanya dengan nada cemas, "Pukul berapa?"
Doktor lagi seorang jawab, "It's 10.05 pm."
Dia jawab dengan nada tegas, "We need to do it FAST!"

Dia tengok doktor perempuan yang seluk aku tu muka berkerut-kerut sambil explain dengan doktor sebelah dia

Aku tak sure apa mereka cakap tapi Doktor Badrul tu suruh doktor tu ketepi. Tiba-tiba doktor Cina yang pegang perut aku tu terlepas sebab Aqilah pusing dengan kuat.

Doktor Badrul cakap dengan nada cemas, "Your baby dah pusing lagi Nadia."

Doktor Badrul pandang muka aku buat keputusan dengan pantas, "Nadia, kita kena operate you. Baby you dah breech presentation (songsang). Kita tak boleh keluarkan normal sebab maybe akan patah or cacat. Nak pusingkan kita dah takda masa lagi sebab jantung baby dah slow."

Berderai air mata aku kat situ. Rasa nak meraung pun ada. Bukan sebab sakit tapi sebab hati ibu mana yang tak sedih tengah saat kritikal camtu dengar benda yang menakutkan. Aku jawab, "Buatlah apa pun doktor. Janji keluarkan anak saya dengan selamat." Time tu aku dah tak fikir apa dah even nyawa aku sendiri.

Doktor Badrul jerit sister kat luar suruh standby nak masuk operation theater. Husband suruh aku mengucap banyak-banyak. Aku tengok ada seorang doktor ni pegang alat monitor jantung tak lepas dari tangan. Dia jerit kat Doktor Badrul, "Cepat doktor, tadi 90 sekarang dah 70!" Itu bermakana jantung Aqilah dah makin slow.

Aku? Dah tak boleh nak fikir apa. Aku rasa dalam 6,7 orang doktor dengan nurse berlari tolak katil aku pegi bilik operate. 

Memang fast furious laju gila weh menjeri-jerit nurse suruh bagi laluan pada yang lain sebab nak selamatkan aku dan Aqilah

First time la aku rasa camtu selama ni tengok kat drama TV je kan. Tapi sebenarnya wujud weh.

Dan korang bayangkan aku tingkat 4 pergi ke tingkat 5 ada nurse dah siap jaga lif pastu ada doktor yang berlari sambil pegang perut aku tu nak monitor jantung baby.

Kagum betul mereka mengadap situation yang memanglah tersangat cemas. Sebab tu sampai sekarang aku cannot brain lepas Doula Yat kata kita bawak jela pergi hospital kalau ada problem. Eh kau tahu tak kalau hospital jauh nak tunggu ambulance lagi dengan situation macam ni aku yang pergi naik satu tingkat bangunan pun doktor and nurse tolak macam kat F1 kat Sepang kot.

Last sebelum masuk pintu husband aku kena tahan luar garisan kuning bilik tu. Aku menangis fikir mungkin tu kali terakhir aku pandang muka dia dan aku tak sempat nak tatap wajah Hannan.

Masuk operation theater. Dah standby beberapa orang nurse dan doktor yang dah siap tukar baju.
Fast furious giler diorang ni weh. Doktor Badrul cakap, "Nadia, kita nak bius you. Mengucap ya." 

Lepas itu, aku pun mengucap. Terus tak sedar. Sampai sekarang aku tak boleh brain kes orang yang taknak bius time operate tu. Terer betul dia!

Pukul 2 pagi baru aku tersedar ada seorang doktor perempuan ni senyum cakap, "Nadia, anak awak second twin dah selamat"

"Cuma sekarang kita admit dia dalam NICU, sebab dia lambat sikit nangis masa kita keluarkan dia. Awak kena banyak berehat dulu sebab banyak hilang darah kita akan pantau di HDW sampai HB awak normal."

Alhamdulillah. Aqilah lahir pukul 10.48 malam. Khamis, malam Jumaat. 1 jam 18 minit selepas Hannan lahir. Berat 2.3kg.

Perasaan aku time tu cuma boleh ucap Alhamdulillah sebab doktor cepat buat keputusan dan yang paling penting aku berada di tempat yg betul (HOSPITAL). Aku tak dapat nak buat dua-dua bersalin secara normal kadangkala kita sebagai manusia kena tahu batas kebolehan manusia lain dan ketentuan. Aku pasti semua orang dari side patient mahupun medical staff hospital dah cuba buat yang terbaik.

2 bag darah aku terima sebab aku ada tumpah darah masa bersalinkan second twin ditambah pula dengan keadaan Sumayyah Aqilah yang sudah distress atau lemas.

Bayangkan kalau aku cuba untuk gentle birth dekat rumah cuba korang fikir apa yang jadi pada aku dan baby?

Cerita aku ni mungkin adalah 1 dari beribu kes yang mereka handle dengan tenang dan sabar

Pada aku diorang ni memang Unsung Heroes, Wira Yang tidak didendang. Adalah sangat tak patut kita ketepikan nasihat mereka yang bukan saja ada tauliah tapi juga pengalaman hanya sebab janji manis consultant Google ni.

Dari spend duit pegi consultant mengarut yang takda ilmu perubatan lebih baik simpan duit untuk upah bidan-bidan terlatih bertauliah jaga kita selepas bersalin. Banyak je agency yang tawarkan khidmat jaga lepas bersalin contoh macam MyBidan House.

Pada aku which is lagi logik benda tu dari kau dengar nasihat Doula yang takda tauliah ni.

Thanks for read. Maaf jika terlalu panjang. Sampaikanlah pada semua. Mungkin post aku ni boleh selamatkan nyawa ibu yang lain.

Special thanks to:
Doktor O&G Hospital Sultan Ismail
Doktor Norehan
Nurse HSI dan kakak MyBidan

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Eh, berpantang itu tidak wajib?

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: