Bertunang Dengan Orang Perak, Gadis Berubah Muka Bila Bakal Mak Mentua Suap Daun Sirih
Alamak, nak tak nak kena telan jelah ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, orang Melayu sememangnya kaya dengan adat dan warisan turun-temurun
Tambahan lagi jika mengadakan majlis pertunangan atau pernikahan, setiap negeri ada adat mereka yang tersendiri dan masih diamalkan sehingga kini.
Seperti video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang gadis berkongsi pengalaman bertunangnya dengan orang Perak telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
First time disuap daun sirih dengan bakal mak mentua, auto berubah muka
Menerusi perkongsian video daripada @makrarara, kelihatan gadis tersebut sedang berada di pelamin tunang bersama bakal mak mentuanya.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila bakal mak mentuanya itu tiba-tiba mengambil daun sirih dan menyuap ke dalam mulutnya.
Menurut gadis tersebut, dia menyangka tunangnya hanya bergurau tentang adat makan daun sirih. Sekali dia terkejut apabila perkara itu benar-benar berlaku semasa hari pertunangan mereka.
Difahamkan, adat itu diamalkan oleh orang Perak. Apabila bakal mak mentua menyuap daun sirih, itu adalah simbolik tanda pinangan mereka diterima.
"Orang Kedah suap padi ke? Orang Nismilan tunang kena suap cili api" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 499.8K tontonan, 25.7K tanda suka serta 597 perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati para netizen sempat berseloroh tentang adat negeri masing-masing dan makanan apa yang disuap ke mulut semasa bertunang.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!