seismik

Terlampau Suka Hasil Makeup Kahwin, Pengantin Ini Tak Kisah Bayar Hampir RM15K Tanpa Nego

Kalau tak makeup pun dia memang dah cantik.

Cover image via @tasyarev (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai pengantin terutamanya wanita pasti ingin kelihatan ekstra cantik di hari persandingan mereka bukan?

Sampaikan ada yang sanggup membayar kos baju atau makeup yang mahal kerana ingin tampil lebih cantik dan menyerlah dari biasa.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video seorang wanita dari Indonesia yang dikatakan sanggup membayar makeup artist (MUA) yang menyolek di hari persandingannya sebanyak RM14,619 telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tidak kisah bayar mahal sebab terlampau suka hasil makeup kahwin

Menerusi video yang dimuat naik oleh @tasyarev, kelihatan dia menunjukkan hasil makeup kahwinnya yang disolek oleh MUA terkemuka di Indonesia.

Meskipun makeup look itu kelihatan agak natural dan tidak terlalu over, kosnya lebih mahal daripada biasa kerana mungkin MUA menggunakan produk mahal.

Tetapi, tidak dinafikan wajah pengantin tersebut memang cantik setelah disolek dan serinya sangat naik di hari bahagia itu.

Lihat video penuh lain di bawah:

@tasyarev Fav MUA dari jaman baru pertama kali tau makeup @adirustana #arjunatasya original sound - Queen Tasya Revina

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3M views, 215.5K likes dan 520 shares di TikTok

Manakala, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji hasil makeup kahwin wanita itu yang sangat cantik dan kelihatan seperti patung Barbie.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Cantik memang cantik, tapi macam terlalu mahal pula kalau sampai dekat RM15K tu :|

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: