Pernah Digelar Mandul, Video Kejutan Pregnancy Wanita Ini Buat Suami Nangis Teruk. Sebak!
Alhamdulillah, rezeki yang tidak ternilai harganya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki zuriat dari rahim sendiri adalah impian setiap wanita, tambahan lagi bagi mereka yang sudah lama berkahwin
Namun, rezeki anak itu datang dari Allah SWT dan setiap orang mempunyai rezeki masing-masing yang sudah ditetapkan oleh Nya.
Sama ada cepat atau lambat, pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Jadi, sebagai manusia kita perlulah banyakkan berdoa, usaha dan tawakal kepada Yang Maha Esa.
Baru-baru ini, sebuah video telah berjaya membuatkan ramai menitiskan air mata gara-gara seorang YouTuber yang dulu pernah digelar mandul akhirnya hamil.
Lihat video penuh itu di bawah:
Penantian selama dua tahun, suami menangis di bahu bila dapat kejutan isteri positif hamil
Menerusi video yang dikongsi oleh @bellestrelle0, kelihatan wanita itu yang mesra dipanggil Bella telah membuat ujian kehamilan di rumahnya dan terkejut apabila mendapati dirinya positif hamil.
Terdahulu, dia yang merupakan isteri kepada YouTuber terkenal Alieff Irfan pernah dihina dan digelar mandul kerana sudah mendirikan rumah tangga selama dua tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.
Namun, berita gembira tersebut ternyata membuktikan bahawa dia juga boleh mengandung seperti wanita lain.
Bella sempat membuat kejutan tentang kehamilannya pada Alieff dan apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila Alieff dilihat turut menangis di bahu isterinya itu selepas mendapat tahu dia bakal menjadi ayah tidak lama lagi.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 4.5M views, 639K likes dan 11.4K shares di TikTok
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut sebak dan bersyukur buat pasangan YouTubers itu.
Malah, ramai juga yang meminta doa supaya dikurniakan berita gembira seperti Alieff dan Bella kerana sudah lama menanti cahaya mata.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Menangis juga tengok video ni. Sesungguhnya rezeki Allah SWT tu luas dan tidak disangka-sangka. Tahniah Alieff dan Bella! <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!