Karnival Jom Heboh Bakal Menggemparkan Orang KL Hujung Minggu Ini. Jom Serbu!
Jom Heboh datang lagi guys! Confirm meriah!
Kalau weekend mesti bosan duduk rumah kan?
Mesti tercari-cari nak buat aktiviti apa yang boleh dilakukan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Nak pergi shopping mall dah bosan, nak tengok wayang tak ada cerita baru.
Apa kata anda semua ambil kunci kereta dan pergi ke karnival Jom Heboh! Confirm hujung minggu anda lebih heboh!
Karnival Jom Heboh ini akan berlansung pada;
Tarikh: 28 & 29 Julai 2018
Lokasi: KL Sports City, Bukit Jalil
Masa: 8 pagi - 10 malam
Yang paling best, masuk PERCUMA!
Mesti anda semua tertanya-tanya apa yang menarik di karnival Jom Heboh kan?
Aktiviti untuk kanak-kanak, dewasa, senang cerita untuk semua lapisan umur memang ada disediakan.
Macam-macam booth juga dibuka istimewa untuk semua pengunjung yang hadir ke karnival ini.
Skrol ke bawah untuk tahu lebih lanjut!
1. Booth Bananana
Booth ini khas untuk adik-adik kita yang comel tu. Di sini kanak-kanak semua boleh mencuba aktiviti DIY seperti origami dan juga belajar cara untuk bake cookies.
Selain itu, adik-adik semua juga boleh bawa pulang merchandise dari siri animasi kegemaran seperti Ejen Ali dan banyak lagi!
2. Booth Drama Sangat!
Kalau dah nama booth pun Drama Sangat, of course lah untuk penggila drama siri tanah air.
Dekat booth ini anda berpeluang untuk bertemu serta beramah mesra dengan selebriti pujaan hati anda.
Aidil Aziz, Daler Yusof dan Riena Diana antara selebriti yang bakal berada di booth ini. Ada lah chance nak ber-selfie dengan mereka!
3. Gelanggang Kita Juara
Bagi yang aktif bersukan dan sangat meminati arena sukan Malaysia, bolehlah berkunjung ke booth ini. Selain ada 3 on 3 football tournament, di sini juga anda boleh beramah mesra dengan legenda bola sepak Malaysia, Hairuddin Omar.
Yang nak tunjuk skill menimbang bola pun boleh tau! Cubalah mana tahu boleh jadi the next Lionel Messi.
4. Booth Raudhah
Karnival Jom Heboh ni memang sangat menyeluruh, di booth ini pengunjung dapat mendengar perkongsian perihal agama dan rohani.
Selain itu, demo masakan halal juga dipertunjukkan di sini. Tak sabar pula rasanya nak pergi karnival ini!
Yang paling best, pada sebelah malam karnival ini akan ada konsert yang sure meriah!
Line up konsert untuk karnival ini memang terbaik! Kita ada Ruffedge, Masdo dan juga Hujan. Memang meriah betul lah!
Anda semua juga berpeluang menyaksikan penyanyi terkemuka Dayang Nurfaizah secara live! Tak selalu tau dapat peluang macam ni.
Memang tak rugi kalau korang habiskan hujung minggu di Karnival Jom Heboh ni!
Aktiviti yang disediakan semua sangat menyeronokkan! Jom ajak family dan kawan-kawan semua merahkan karnival ini!
Jumpa anda semua di sana!