seismik

Betul Ke Boleh Sampai Kena Rasuk? Ini Asal Usul Kuda Kepang Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Selalu juga dengar tentang orang kena rasuk kalau main kuda kepang ni.

Cover image via Deenamik & Esplanade

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak pernah dengar tentang kuda kepang di Malaysia ini kan?

Image via Asam Jawe

Jika diimbau semula ke zaman persekolahan atau kolej dulu, kejadian orang dirasuk kerana bermain kuda kepang pasti pernah berlaku di sekeliling kita. Betul tak?

Persoalannya, betul ke dengan hanya bermain kuda kepang boleh membuatkan seseorang itu dirasuk?

Jom sama-sama kita tengok asal usul kuda kepang di bawah. Jangan skip tau, baca sampai habis!

Apa itu kuda kepang?

Image via Deenamik

Kuda kepang adalah sejenis tarian tradisi yang dimainkan oleh masyarakat Jawa. Tarian ini dikenali dengan pelbagai nama seperti jaran kepang, kuda lumping, jathilan dan ebeg.

Ia dibawa masuk oleh masyarakat Jawa yang berhijrah ke negara ini dan kekal hingga sekarang tanpa banyak pengubahsuaian.

Menurut sumber, tarian kuda kepang dicipta oleh Wali Sembilan yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15 sebagai tarikan dalam usaha mereka menyebarkan syiar Islam di tanah Jawa, di samping mengembangkan Islam di kawasan pedalaman Jawa.

Disebabkan Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana, beliau mendapat idea untuk menari sambil menunggang kuda. Dalam peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.

Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali, maka lahirlah tarian kuda kepang. Peristiwa peperangan yang dilalui Rasulullah SAW dan para sahabat disampaikan dalam bentuk tarian.

Antara 20 hingga 25 orang diperlukan untuk membuat satu persembahan

Menurut salah seorang penggiat seni kuda kepang, kuda kepang itu mendapat namanya daripada kuda anyaman yang disebut sebagai 'kepang' jalinan atau anyaman, kuda-kudaan atau kuda tiruan yg dibuat daripada kayu atau yg dianyam untuk permainan.

Pada awalnya, kuda anyaman itu dikepit di celah kelengkang penari menggunakan daun pandan, tetapi kini ada yang diperbuat daripada papan lapis atau kulit lembu.

Sembilan adalah penari, lima pemuzik manakala selebihnya adalah 'danyang'. 'Danyang' adalah penjaga atau gembala kuda kepang yang menggunakan cemeti untuk mengawal gerak tari serta tingkah laku penunggang kudanya. Tugas penari pula ialah mengatur gerakan mengikut tempo muzik.

Apa beza kuda kepang biasa dan kuda kepang mabuk?

Tempoh persembahan adalah bergantung kepada sesebuah majlis. Sepuluh minit atau empat puluh minit adalah masa bagi  persembahan tarian biasa kuda kepang sebagai penyeri sesuatu majlis perkahwinan.

Namun bagi persembahan kuda kepang mabuk, ada yang mendakwa pernah menyaksikan persembahan maraton yang berlarutan sehingga beberapa jam dan pernah juga berlaku persembahan yang bertahan hanya beberapa minit apabila penunggang kuda berkelakuan liar dan pertunjukan terpaksa dihentikan dengan serta-merta.

Berbeza dengan tarian kuda kepang biasa, tarian kuda kepang mabuk terdapat beberapa orang penari akan 'naik syeikh' (mabuk) setelah persembahan rasmi tamat. Mereka yang 'naik syeikh' ini boleh melakukan gerak geri aneh yang pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan siuman.

Contohnya, melompat setinggi enam atau tujuh kaki, meniti di atas sebatang buluh atau kayu licin, memakan kaca, dan mengupas kelapa dengan gigi. Semasa penari-penari sedang 'naik syeikh', bunyi-bunyian pengiring penari akan terus dimainkan. Jikalau tidak, mereka naik berang dan menerkam pemain-pemain bunyi-bunyian tersebut.

Mungkin situasi ini yang sering dikaitkan dengan penari kuda kepang dirasuk?

Tuan rumah perlu menyediakan 'sajian' berupa kuih atau bubur merah putih buat penari

Sajian ini termasuklah sembilan jenis makanan ringan yang berlainan. Tarian-tarian yang selalu dipersembahkan adalah tarian Sola, Selendang, Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan, Mempertahankan Diri dan sebagainya. Lenggang-lenggok dalam tarian ini ini dinamakan Lenggang Kiprah.

Untuk pengetahuan anda, larangan bahawa penonton tarian kuda kepang tidak boleh mengenakan pakaian berwarna merah dan merokok kerana dikhuatiri menyebabkan penari hilang kawalan adalah tidak benar.

Namun begitu, ia bergantung kepada beberapa kumpulan kuda kepang kerana setiap kumpulan kuda kepang mempunyai keunikan yang berbeza.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: