seismik

Merupakan Sajian Tradisional Borneo, Ini Adalah Pantang Larang & Cara Makan Ambuyat

Ambuyat adalah sejenis makanan tradisional bagi kaum Brunei dan Bisaya.

Cover image via Will Fly For Food & Berita Harian

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi orang di semenanjung Malaysia, pasti ada yang belum pernah dengar atau tahu tentang makanan unik bernama ambuyat bukan?

Image via KitaPeers.com

Melainkan jika anda pernah melancong ke negeri Sabah, mungkin anda pernah merasa sendiri makanan unik masyarakat Borneo ini.

Bagi yang belum tahu, ambuyat merupakan makanan tradisional bagi kaum Bisaya (di Sabah dan Brunei) dan terkenal di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan juga Brunei Darussalam.

Ia merupakan sajian utama bagi kaum Bisaya selepas makan nasi. Makanan ini dihidangkan sebagai menu harian dan merupakan hidangan yang wajib semasa hari-hari istimewa seperti hari perkahwinan dan hari keramaian kaum Bisaya.

Fakta, ciri-ciri dan proses pembuatan ambuyat

Image via Atlas Obscura

Masih terpinga-pinga bagaimana ambuyat dibuat? Jom lihat ciri-ciri dan proses pembuatan makanan tradisional ini di bawah:

- Merupakan sejenis hidangan yang diperbuat daripada sagu rumbia, iaitu sagu yang boleh diperolehi daripada bahagian dalam batang pokok Rumbia.

- Di Brunei, sagu Rumbia dikenali sebagai Ambulung.

- Berwarna putih cair dan teksturnya seperti gam.

- Sedikit melekit dan lebih selesa dimakan dengan menggunakan 'candas', sejenis chopstik tempatan.

- Ada ketikanya, ambuyat dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengah hari bagi menggantikan nasi.

- Proses untuk menghasilkan Ambulung pula dikenali sebagai proses Mengarus (mengambil masa selama sehari)

- Ambuyat disajikan dan dimakan beramai-ramai semasa ahli keluarga berkumpul.

- Lebih enak dimakan semasa ianya masih panas serta dicecah dengan pelbagai jenis kuah seperti kuah kari, kuah ikan rebus, kuah tempoyak dan kuah ikan.

- Ambuyat juga tidak perlu dikunyah dan boleh terus ditelan.

Bagaimana pula dengan pantang larang?

Image via Berita Harian

Setiap makanan tradisional pasti mempunyai pantang larang. Menurut sumber, memetik kenyataan seorang ahli Persatuan Melanau Kuching, Mohd Sil Abdullah, tidak salah mematuhi pantang larang itu kerana ia bertujuan untuk mendisiplinkan diri supaya menjadi lebih lebih baik.

Mohd Sil yang berasal dari Daerah Mukah berkata pada zaman dahulu, jika ada kematian, ahli keluarga si mati tidak dibenarkan untuk makan ambuyat ketika mayat masih di dalam rumah. Jika ahli keluarga berkeras hendak makan, jasad si mati akan menjadi sangat lembut dan melekit seperti linut.

Masyarakat Dalat juga mempunyai kepercayaan sama tetapi banyak diabaikan oleh generasi muda. Antaranya, tidak boleh ketawa besar dan bercakap kasar serta kotor ketika makan ambuyat.

Sementara itu, lihat cara untuk membuat ambuyat di bawah:

Jadi, bagi sesiapa yang teringin untuk mencuba makan ambuyat tu pergilah ke Sabah atau Sarawak okay! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: