seismik

Lagi Gelagat Penduduk Sabah Jumpa Keluarga YDPA Undang Tawa Ramai, Kali Ini Bagi Duit Pula

Aduh, kelakar betul lah orang Sabah ni!

Cover image via @bundleconceptstore (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak beberapa hari yang lalu, tular pelbagai rakaman penduduk di Sabah yang menerima kedatangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan keluarganya

Disebabkan mereka tidak pernah berjumpa dengan YDPA, macam-macam gelagat lucu dan spontan yang dapat dilihat dalam media sosial.

Ada yang tersalah sebut nama Raja Permaisuri Agong dengan panggilan Datin, Daulat dan sebagainya.

Baru-baru ini, tular pula sebuah rakaman memaparkan seorang mak cik menghulurkan duit kepada anak Sultan Pahang itu telah mencuit hati ramai.

Lihat video tersebut di bawah:

Selamba bagi duit dekat anak raja

Menerusi video yang dikongsi oleh @bundleconceptstore, kelihatan para penduduk di Sabah mengiringi keberangkatan YDPA dan keluarga.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila kelihatan seorang mak cik menghulurkan duit kertas kepada Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan adik-beradiknya.

Gelagat spontan mak cik itu sempat dirakam dan membuatkan ramai terhibur melihat rakyat Sabah yang teruja berjumpa dengan keluarga YDPA.

"Banyak-banyak orang Sabah, aunty ni lah yang paling kaya. Anak raja pun dia bagi duit belanja hahaha" - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut, kini ia telah meraih 567K views, 28.1K likes dan 9.3K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mak cik itu yang memberikan wang kepada anak Sultan Pahang seperti menghulurkan duit belanja.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mak cik tu buat macam keluarga sendiri ya. Ramai sayang keluarga YDPA sebab mereka tak sombong dengan rakyat <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: