seismik

Tunai Umrah & Bercuti Bersama, Netizen Tegur Muka Isteri Kedua Abang Tesla Macam Ira Kazar

Semoga mendapat umrah yang mabrur!

Cover image via @abg.tesla (Instagram)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa minggu lalu, nama TikToker terkenal, Abang Tesla menjadi bualan hangat seluruh Malaysia gara-gara keputusannya untuk berkahwin dua

Kemelut rumah tangganya itu mengundang pelbagai cemuhan dan kritikan daripada netizen di Malaysia terutamanya golongan wanita. Ramai yang merasa simpati terhadap isteri pertamanya yang terpaksa berkongsi kasih dengan madu barunya itu.

Walaupun menerima macam-macam tohmahan, Abang Tesla tampil memuat naik update terbaru mengenai kehidupannya di media sosial untuk membuktikan bahawa dia dengan isteri-isterinya kini baik-baik saja.

Lihat posting tersebut di bawah:

Bawa kedua-dua isteri pergi umrah dan bercuti sekali

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Abang Tesla itu, kelihatan dia memeluk kedua-dua isterinya dan mengambil gambar di lapangan terbang tanda rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik-baik saja.

Difahamkan, mereka bakal menunaikan umrah bersama dan bercuti di Turki. Malah, Abang Tesla bersama kedua-dua isterinya juga dilihat bahagia dan selesa.

"Our my first trip together Turkey + Umrah. Tq @umrahandalusia.hq sebab sponsor trip kami," tulisnya.

"Bini nombor satu lagi lawa, berseri je muka dia. Nombor dua pula dah macam Ira Kazar" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, posting tersebut telah mendapat 11K tanda suka dan 1K komen di laman Instagram.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen memuji kecantikan isteri pertama Abang Tesla. Namun, ada pula yang menyamakan wajah isteri keduanya dengan isteri kedua pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Perkara yang dah lepas biarkan berlalu. Yang penting mereka bertiga bahagia dunia akhirat. Kita doa je yang baik-baik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: