Big Bad Wolf Tawar 10 Juta Buku Serendah RM1, Jualan Tiga Hari Bermula Hujung Minggu Ini

Acara selama tiga hari itu akan berlangsung dari 7 hingga 9 November 2026, bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita baik buat peminat buku! Pesta jualan buku Big Bad Wolf kembali menemui pengunjung dengan menawarkan lebih 10 juta naskhah buku pada harga serendah RM1

SAYS.com
Image via @bigbadwolfbooks (Instagram)

Menerusi acara yang dikenali sebagai The Wolf Den Sale, pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai pilihan buku pada harga RM1, RM5 dan RM8.

Menariknya, jualan kali ini bakal berlangsung di gudang Big Bad Wolf sendiri di Wolf House, Shah Alam dan dibuka kepada orang ramai buat pertama kali.

Acara selama tiga hari itu akan berlangsung dari 7 hingga 9 November 2026, bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

Selain menawarkan pelbagai pilihan buku pada harga mampu milik, pengunjung juga boleh menikmati suasana meriah dengan muzik serta minuman yang disediakan sepanjang acara berlangsung.

Lebih menarik, orang ramai tidak perlu membuat sebarang pendaftaran atau membeli tiket kerana kemasukan adalah percuma sepenuhnya

SAYS.com
Image via @bigbadwolfbooks (Instagram)

Lagi yang berminat untuk berkunjung, berikut merupakan maklumat lengkap acara berkenaan

Lokasi:
Wolf House, 5, Jalan Trompet 33/8, Taman Alam Indah, 40400 Shah Alam, Selangor

Tarikh:
7 hingga 9 November 2026 (Sabtu hingga Isnin)

Masa:
9 pagi hingga 9 malam.

Dengan lebih 10 juta buku ditawarkan pada harga serendah RM1, acara ini pastinya menjadi peluang terbaik buat peminat buku untuk menambah koleksi bacaan tanpa perlu berbelanja besar.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS