seismik

Berjayakah Usaha PEMBINA Untuk Batalkan Konsert K-Pop Big Bang Esok?

Bintang K-pop mahu hiburkan peminat Malaysia di bulan Syawal. Salah ke?

Cover image via Facebook PEMBINA

Tahukah kamu, bermula malam ini dan esok kumpulan K-pop Big Bang akan mengadakan konsert di Stadium Tertutup Putra, Kuala Lumpur?

Image via fbcdn.net

Sudah tentulah peminat-peminat artis Korea di Malaysia teruja dan tak sabar menunggu ketibaan hari tersebut. Siapa yang tak kenal dengan kumpulan popular Big Bang?

Tapi mungkin peminat K-pop semua usah terlalu teruja kerana ada pihak yang cuba hendak menghalang konsert tersebut dari terus berlangsung

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) sedang mengadakan kempen di laman sosial supaya konsert tersebut dibatalkan. Antara alasannya, kerana ini bulan Syawal.

Selain daripada itu, peristiwa beberapa orang gadis bertudung dicium dan dipeluk oleh bintang K-pop ketika sesi bertemu peminat tahun lepas telah menyebabkan muzik K-pop dipandang seorang oleh rakyat Malaysia. Ini betul-betul kes kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Menurut PEMBINA, seramai 3879 orang telah mengundi setuju untuk batalkan konsert Big Bang dan dikira berdasarkan jumlah share

Sudah tentulah rata-rata peminat K-pop menyuarakan rasa kurang setuju mereka terhadap status bantahan yang dimuat naik oleh PEMBINA dari semalam itu

Ada juga segelintir yang bersetuju, dan merasakan pembatalan wajar dilakukan. Dua komen ini kami rasa agak make sense:

Dahulu, beberapa siri konsert gergasi luar negara yang bercadang untuk dibuat di Malaysia telah dibatalkan dan dirombak. Antaranya:


Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyatakan mereka tidak menyokong konsert tersebut yang menyebabkan pihak berkuasa tempatan tidak punyai pilihan selain menarik kembali permit dalam tempoh 11 jam sebelum konsert.

2. Konsert kumpulan metal Lamb of God

Konsert ini dibatalkan kerana dikatakan lirik lagunya tidak sesuai dengan masyarakat Malaysia

Konsert ini dibatalkan kerana ia adalah sebuah Pesta Arak dan ia bertentangan dengan norma-norma masyarakat yang majoritinya beragama Islam di Malaysia.

Image via akamaihd.net

4. Manakala konsert seorang lagi bintang K-pop Taeyang telah dirombak aturcaranya

Dalam konsert ini, peminat dan Taeyang dilarang bersentuhan dan berada dalam jarak yang sangat dekat antara satu sama lain. Ini adalah untuk memastikan kejadian peluk cium peminat seperti yang pernah berlaku tidak lagi berulang.

Walaupun penulis bukan seorang peminat K-pop, tapi penulis dapat menyelami perasaan peminat muzik sekiranya konsert yang ditunggu-tunggu dibatalkan

Tetapi itu bukanlah bermaksud dunia sudah berakhir. Jika ada peluang dan rezeki yang lebih, mungkin peminat K-pop boleh menunggu kehadiran konsert seterusnya di negara jiran seperti di Singapura. Atau lebih manis jika peminat setia ini kumpul duit, pergi ke Korea dan tonton konsert mereka di sana. Barulah asli!

Jadi, ke Korea kah kita?

Image via behance.net

Jadi, apa pandangan anda tentang bantahan ini?

Konsert, konsert juga. Kalau tak pergi konsert, apa kata cuba salah satu resipi ni:

You may be interested in: