seismik

Big Tree Lancar Program Teka Peribahasa Di 'Billboard' Untuk Memupuk Perpaduan & Komuniti

Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan bernilai sehingga RM15,000.

Cover image via BigTree

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anak syarikat milik Media Prima Berhad, Big Tree dengan bangganya melancarkan kempen terbaharunya iaitu peraduan "Jom, Teka Peribahasa!"

Kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai peraduan ini dan menguji tahap pengetahuan peribahasa mereka.

Ketua Pegawai Operasi Big Tree, Stephanie Wong berkata, kempen itu dapat memartabatkan lagi penggunaan Bahasa Malaysia dalam negara ini.

"Kami amat berbesar hati untuk melancarkan kempen “Jom, Teka Peribahasa!” yang bukan sahaja memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia tetapi ia juga menggalakkan khalayak ramai untuk berinteraksi melalui media DOOH kami.

"Big Tree telah memperkenalkan konsep pengiklanan media OOH yang boleh dimanfaatkan dengan menggunakan pelbagai cara yang kreatif. Salah satu caranya adalah dengan bermain permainan teka-teki seperti kempen ini," katanya.

Image via Big Tree
Image via Big Tree

Kempen "Jom, Teka Peribahasa!" ini menggunakan elemen peribahasa dengan tujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui permainan teka-teki yang menyeronokkan. Peraduan ini akan berlangsung dari 1 hingga 31 Julai 2024 dan peserta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan bernilai sehingga RM15,000.

Sepanjang tempoh sebulan kempen ini diadakan, petunjuk-petunjuk akan dipaparkan di semua skrin DOOH Big Tree di seluruh Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. 

Peserta dikehendaki untuk meneka peribahasa tersebut, mencipta sebuah ayat yang paling kreatif menggunakan peribahasa yang diteka dan menghantarkan penyertaan ke laman web Big Tree.

Sertailah pertandingan ini dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Mari kita meneka, mencipta dan berinteraksi dengan kempen "Jom, Teka Peribahasa!".

Untuk menyertai atau mengetahui maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari www.bigtree.com.my atau ikuti Big Tree di Facebook dan Instagram di @bigtreeoutdoormy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: