Bijak Betul! Ini Antara Cara Rakyat Malaysia Maksimumkan Bantuan SARA

RM100 mungkin nampak kecil bagi sesetengah orang, tetapi bagi ramai rakyat Malaysia, ia membantu meringankan perbelanjaan harian. Menerusi Sara Cara Kita, peserta berkongsi cara bijak mereka menggunakan bantuan SARA dan ada yang berjaya membawa pulang hadiah sehingga RM5,000!

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernah tak terfikir macam mana RM100 boleh buat perbezaan besar dalam kehidupan seharian?

Melalui pertandingan Sara Cara Kita, ramai rakyat Malaysia tampil berkongsi cara kreatif mereka menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk menguruskan perbelanjaan rumah. 

Ada yang guna untuk stok barang dapur, keperluan anak-anak, barang sekolah dan macam-macam lagi.

Apa yang dikongsikan membuktikan satu perkara, bila pandai merancang, setiap ringgit memang ada nilainya.

Ramai rupanya ada "life hack" sendiri bila guna SARA

Sepanjang kempen berlangsung, pelbagai video menarik dimuat naik oleh peserta yang berkongsi cara mereka memanfaatkan bantuan SARA dalam kehidupan harian.

Ada yang siap tunjuk macam mana mereka susun bajet bulanan, ada yang berkongsi tip membeli barangan keperluan dengan lebih berhemah dan ada juga yang menunjukkan bagaimana RM100 tersebut membantu mengurangkan sedikit beban keluarga.

Jujurnya, memang banyak perkongsian yang relatable!

Bukan setakat menang hadiah, tapi jadi inspirasi untuk orang lain

Apa yang best tentang Sara Cara Kita adalah ia bukan sekadar pertandingan untuk menang hadiah.

Sebaliknya, kempen ini memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi pengalaman sebenar mereka mengurus perbelanjaan isi rumah dengan lebih bijak.

Setiap pemenang dipilih berdasarkan kreativiti video, mesej yang disampaikan serta bagaimana mereka menunjukkan penggunaan bantuan SARA secara bermakna dalam kehidupan seharian.

Tahniah kepada pemenang Sara Cara Kita!

Selepas menerima pelbagai penyertaan kreatif daripada rakyat Malaysia yang berkongsi cara mereka memanfaatkan bantuan SARA dalam kehidupan seharian, berikut merupakan pemenang utama yang berjaya mencuri perhatian para juri menerusi kandungan yang bermakna, kreatif dan memberi inspirasi.

Hadiah Pertama (RM5,000 setiap seorang)

  • Siti Noorzazlina Bt Mohamed Noor (Instagram: @zazlina88)
  • Asifa Azra Binti Azuar (TikTok: @azraazuar)

Hadiah Kedua (RM3,000 setiap seorang)

  • Nurnajihah Binti Johari (Instagram: @njihaajohari)
  • Nur Syahira Bt Rosli (TikTok: @mmy_ady)

Hadiah Ketiga (RM1,500 setiap seorang)

  • Natrah Binti Semaun (Instagram: @mynour41)
  • Sujaashini a/p Mogana Krishnan (TikTok: @aashini123)

Tahniah juga kepada semua pemenang saguhati yang turut menghasilkan video kreatif dan inspirasi sepanjang kempen ini berlangsung. 

Setiap perkongsian yang diterima membuktikan bahawa rakyat Malaysia sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk mengurus perbelanjaan keluarga dengan lebih bijak dan berhemah.

Mungkin nampak kecil, tapi bermakna buat ramai orang

Bagi ramai penerima, bantuan SARA membantu mereka mendapatkan barangan keperluan asas tanpa perlu terlalu risau tentang perbelanjaan harian.

Walaupun nilainya mungkin berbeza bagi setiap individu, impaknya jelas dapat dilihat menerusi perkongsian peserta Sara Cara Kita yang menunjukkan bagaimana bantuan tersebut digunakan untuk perkara yang benar-benar diperlukan.

Kadang-kadang, bantuan yang digunakan dengan perancangan yang baik boleh memberi kesan yang lebih besar daripada yang disangka.

Kisah mereka buktikan setiap ringgit ada nilainya

Daripada memenuhi keperluan anak-anak dan keluarga, berkongsi rezeki dengan insan lain, hinggalah menggunakan bantuan tersebut sebagai langkah permulaan untuk menjana pendapatan melalui perniagaan kecil, setiap penyertaan yang diterima membuktikan bahawa bantuan SARA dimanfaatkan dengan pelbagai cara yang bermakna.

Dan mungkin itulah yang membuatkan kempen Sara Cara Kita mendapat perhatian ramai kerana kisah-kisah ini datang daripada rakyat Malaysia sendiri.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua peserta yang berkongsi kisah serta inspirasi mereka!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS