seismik

Bilik Air Nampak Jelas, Individu Beri Peringatan Pada Yang Menginap Di Cameron Highlands

Bahaya macam ini.

Cover image via @mynewshub (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika hendak bercuti tempat penginapan menjadi perkara yang paling penting

Banyak jenis penginapan kita boleh pilih seperti hotel, homestay dan sebagainya. Namun, diingatkan lebih baik jika baca ulasan terlebih dahulu sebelum menempahnya.

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi keadaan sebuah apartment di Cameron Highlands yang merisaukan ramai.

Image via @mynewshub (X)

Dakwa cermin bilik air apartment boleh nampak jelas

Menerusi perkongsiannya yang dimuat naik semula di laman X, seorang wanita meluahkan kerisauannya terhadap penghuni yang menginap di sebuah apartment di Cameron Highlands.

Dia mendakwa cermin di bahagian bilik air apartment berkenaan dapat dilihat dengan jelas orang di dalamnya.

Malah, dia juga meluahkan rasa kesian pada penghuni di situ yang mungkin tidak tahu perkara tersebut dan memikirkan ianya akan nampak gelap dari luar.

"Assalam semua, peringatan utk yang ke Cameron yang stay di apartment atas pasar malam, berhati-hati ketika mandi di bilik air cermin, kami duduk di homestay sd12 golden hill jelas nampak yang mandi tanpa seurat benang.

"Jelas ye rambut paras mana pun nampak, kesian mungkin dari dalam cermin tu gelap tapi dari luar sangat jelas.

Bukan 1 tapi 3 apartment yang kami nampak, tengok kat beranda pakai tudung semua.

Puas tutup aurat tapi terbuka tanpa sedar,"
tulisnya.

Image via @mynewshub (X)

Harap pihak apartment dapat lakukan sesuatu tentang perkara ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: