Bintang JDT, Arif Aiman Kini Tamatkan Zaman Bujang & Sah Bergelar Suami

Selamat pengantin baru!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook & Hazreen Mohamad

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi selamat bergelar suami kepada pasangannya, Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri hari ini

Menerusi laporan Berita Harian, majlis akad nikah diadakan di sebuah lokasi di Johor Bahru dengan hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Difahamkan, Arif Aiman dan pasangannya tampil dengan busana tradisional sedondon putih pada majlis pernikahan pengantin baharu itu.

Suasana turut dilihat menyentuh hati ketika Arif gagal menahan sebak sebaik selesai melafazkan akad nikah sebelum memeluk ibunya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Majlis resepsi dijangka berlangsung pada sebelah malam

Ia turut dijangka dimeriahkan dengan keberangkatan tiba Pemangku Sultan Johor dan juga pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail.

Terdahulu, tular kad undangan pernikahan Arif tersebar di media sosial lebih awal mencetuskan keterujaan peminat menjadi antara topik dibincangkan dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Arif baru-baru ini telah menjadi wira JDT dalam aksi final Piala Malaysia menentang Kuching City FC meledak gol kemenangan pada minit akhir perlawanan.

SAYS.com
Image via Hazreen Mohamad

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS